Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ho.lis.tik] | هوليستيک

Definisi : bersifat saling berkait antara satu sama lain sbg suatu sistem bersepadu yg menyeluruh, bukan sekadar menyentuh aspek-aspek ter­tentu sahaja: model ini bertujuan memberi­kan pandangan secara menyeluruh dan ~ bagi memahami konteks operasi sesuatu organisasi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata holistik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
holisticholistikGeologiTiadaTiada
holistic approachpendekatan holistikPerubatanTiadaPendekatan penjagaan pesakit yang melihat atau menganggap pesakit sebagai keseluruhan, termasuk faktor fizikal, mental, sosial dan penyakit yang didiagnosiskan.
holistic approachpendekatan holistikPsikologiTiadaTiada
holistic perspectiveperspektif holistikPendidikanTiadaFenomena yang dikaji dan difahami sebagai satu sistem yang kompleks dan menyeluruh. Tumpuannya adalah melihat perkaitan pemboleh ubah dalam sistem tersebut.
holistic evaluationpenilaian holistikPentadbiranTiadaPenilaian terhadap sesuatu projek atau kempen secara keseluruhan bukan ditujukan kepada sesuatu bahagian atau kelompok sahaja.
holistic curriculumkurikulum holistikPendidikanTiada

 Organisasi kurikulum yang mempunyai bidang yang luas, pelbagai disiplin, bersepadu dan berkait antara satu bidang dengan bidang lain yang membentuk satu keseluruhan.

holistic ecologyekologi holistikBiologiEkologiKajian tentang populasi dan komuniti secara keseluruhan, iaitu hubungan antara organisma dengan sekitaran secara keseluruhan.
holistic controlpengawalan holistikBiologiPatologilih. pengawalan bersepadu.
holistic approachpendekatan holistikPerubatanPsikiatriLangkah yang diambil dalam perawatan pesakit secara keseluruhan, termasuk faktor fizikal, mental, sosial dan penyakit yang didiagnosis.
holistic healing therapyterapi penyembuhan holistikKejururawatanTiadaTerapi tidak invasif yang digunakan untuk merangsang penyembuhan individu secara keseluruhan dengan menyatukan badan, minda dan kerohanian.
12

Kembali ke atas