Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata homepage


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Bagaimanakah hendak membezakan antara "Homepage" dengan "Page"? Contoh ayat: "Set this page as your homepage" (Tetapkan laman ini sebagai laman anda?) Tidakkah itu janggal. Bolehkah ia diterjemahkan sebagai "Tetapkan laman ini sebagai laman utama/laman rerumah"?Mengikut istilah Teknologi Maklumat, homepage ialah laman, manakala page ialah halaman (istilah Komputer). Tetapkan halaman ini sebagai laman anda tidaklah janggal.Penyemakan dan penterjemahan22.05.2014
Assalamualaikum, Boleh saya tahu apakah istilah yang sesuai bagi perkataan 'home' dalam ayat "Navigation bar items can be added to the current set (Home, About, User Home, etc.) that appear at the top of the page." dan istilah plugin bagi ayat "The PDF file you selected should load here if your Web browser has a PDF reader plugin installed (for example, a recent version of Adobe Acrobat Reader.)"? Terima kasih

Dalam data rujukan kami, terdapat istilah homepage yang diberikan padanannya ialah laman utama dan laman. Istilah yang boleh digunakan berdasarkan konteks ayat yang diberikan bagi perkataan home ialah utama dan plugin ialah palam. Puan boleh merujuk homepage&d=69812&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=homepage&d=69812&#LIHATSINI untuk lebih lanjut.

Penyemakan dan penterjemahan10.04.2019
Salam Sejahtera. Apakah pembezaan 'Laman' dan 'Halaman'? ( Kedua-dua perkataan adalah berkaitan dengan istilah komputer. Terima kasih.

Dalam bentuk kata umum laman dan halaman sama maknanya, dan pemakaian dalam bidang istilah perlu melihat kepada istilah yang telah dibentuk. Dalam bidang komputer kebanyakan istilah page ialah halaman seperti page break - pemisah halaman, page addressing - pengalamatan halaman, page printer - pencetak halaman dan sebagainya, serta amat sedikit yang menggunakan laman seperti homepage - laman web.

Makna25.06.2010

Kembali ke atas