Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hor.mon] | هورمون

Definisi : bahan kimia yg dikeluarkan dlm kelenjar endokrin dan mempunyai kesan ke atas kegiatan organ-organ lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hor.mon] | هورمون

Definisi : ist 1 beberapa jenis rembesan dlm tubuh yg mempengaruhi kegiatan organ-organ lain. 2 bahan yg dibuat drpd hormon 1. 3 sebatian organik dlm tumbuh-tumbuhan yg mempengaruhi proses-proses dlm tumbuh-tumbuhan tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hormon


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
hormon sekssex hormoneHormon yang mengawal ciri-ciri seksual. Pada manusia, hormon seks lelaki dihasilkan oleh testis, manakala hormon seks wanita dihasilkan oleh ovari.Menengah Rendah
hormon adrenokortikotrofikadrenocorticotrophic hormoneHormon yang dirembeskan oleh lobus anterior kelenjar pituitari, yang merangsangkan sintesis dan perembesan hormon oleh korteks adrenal.Menengah Atas
hormonhormoneBahan kimia yang dirembes oleh kelenjar endokrin, mempunyai kesan merangsang atau kesan merencat terhadap fungsi organ dalam tubuh.Menengah Rendah
hormon peluteinanluteinizing hormoneHormon yang dihasilkan oleh pituitari anterior dan merangsang pengovulan.Menengah Atas
hormon antidiuresisantidiuretic hormoneHormon yang dirembeskan oleh lobus posterior pituitari. Ia mempunyai kesan khusus terhadap sel epitelium tubul distal ginjal, iaitu merangsang sel epitelium untuk menyerap semula air dari lumen tubul tersebut.Menengah Atas
ketakseimbangan hormonhormonal imbalanceKeadaan apabila terdapat terlalu sedikit atau terlalu banyak hormon tertentu dalam badan seseorang.Menengah Atas
hormonhormoneBahan kimia yang merangsang atau merencat fungsi organ atau kelenjar lain. Pada haiwan, hormon dirembeskan oleh kelenjar tanpa duktus dalam sistem endokrin dan diedarkan ke bahagian badan melalui sistem darah.Menengah Atas
insulininsulinHormon protein yang dirembeskan oleh sel beta kelompok Langerhans pankreas. Hormon ini mengawal kepekatan glukosa darah. Kekurangan insulin akan menyebabkan penyakit kencing manis.Menengah Atas
sitokinincytokininHormon tumbuhan yang mengawal pembahagian sel dan menyebabkan perkembangan dan pertumbuhan.Menengah Atas
prolaktinprolactinHormon yang disintesiskan dan disimpan dalam kelenjar pituitari anterior, yang menggalakkan penghasilan susu selepas proses kelahiran, dan juga merangsang korpus luteum untuk merembeskan progesteron pada ovari.Menengah Atas
123

Kembali ke atas