Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hor.mon] | هورمون

Definisi : bahan kimia yg dikeluarkan dlm kelenjar endokrin dan mempunyai kesan ke atas kegiatan organ-organ lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hor.mon] | هورمون

Definisi : ist 1 beberapa jenis rembesan dlm tubuh yg mempengaruhi kegiatan organ-organ lain. 2 bahan yg dibuat drpd hormon 1. 3 sebatian organik dlm tumbuh-tumbuhan yg mempengaruhi proses-proses dlm tumbuh-tumbuhan tsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hormon


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
adrenocortical steroidsteroid adrenokorteksFarmasiFarmakologiHormon steroid yang dihasilkan oleh korteks adrenal (tidak tennasuk bonnon seks) atau bonnon-bormon sintetik: yang setara. Hormon-hormon initerbahagi kepada glukokortikoid (contohnya, kortisol), mineralokortikoid (ldosteron) dan androgen. Steroid adrenokorteks dibebaskan sebagai tindak balas kepada pembebasan hormon adrenokortikotropin oleb kelenjar pituitari atau yang setara dengannya, atau terbadap pembebasan bormon angiotensin II. Hormon ini mempengarubi atau mengawal proses utama dalam badan seperti proses metabolisme karbohidrat dan protein, penyelenggaraan paras glukosa serum, elektrolit dan keseimbangan air, dan fungsi sistem kardiovaskular, otot rangka, buah pinggang dan organ-organ lain. Hormon ini digunakan secara klinikal untuk terapi penggantian hormon, menghalang rembesan ACTH, sebagai agen antiradang dan juga untuk menyekat tindak balas imun. Walau bagaimanapun, terapi kortikosteroid juga boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan seperti perubahan tingkah laku sepertisk:izofrenia, kecenderungan membunub diri,ketakutan dan insomnia. Hormon ini juga dikenali sebagai hormon adrenokortikal dan adrenokortikoid, iaitu kumpulan steroid dengan struktur kimia yang bampir sama tetapi mempunyai kesan fisiologi yang berbeza.
hormonehormonPerubatanTiadaSebatian yang dihasilkan oleh sesuatu sel atau organ tubuh, yang mengawal atur aktiviti organ tertentu secara khusus. Hormon dapat dikelaskan, sama ada berdasarkan struktur, iaitu hormon polipeptida dan hormon steroid atau fungsi, seperti hormon perangsang tiroid, hormon peluteinan dan hormon pertumbuhan. Kebanyakannya terbentuk di dalam kelenjar endokrin.
antithyroidantitiroidFarmasiFarmakologiAgen yang berupaya mengurangkan aktiviti dan kesan hormon tiroid yang berlebihan. Hormon tiroid ialah sejenis hormon yang dirembeskan oleh kelenjar tiroid untuk mengawal pelbagai proses metabolik tubuh.Antitiroid bertindak dengan cara mengganggu penghasilan hormon tiroid, mengurangkan kesan hormon tiroid pada tisu tubuh atau memusnahkan tisu pada kelenjar tiroid. Agen ini terbahagi kepada beberapa kumpulan, iaitu tioamida, penghalang anion, iodida dan iodin radioaktif.
adenohypophysisadenohipofisisVeterinarPraklinikalLobus anterior kelenjar pituitari yang terdiri daripada pars tuberalis; pars distalis dan pars intermedia. Adenohipofisis merembeskan hormon pertumbuhan fibroblas; hormon perangsang tiroid; hormon perangsang folikel; hormon pelutinan; prolaktin; kortikotropin dan ß-endorfin.
gonadotrophingonadotrofinPerubatanTiadaSebarang hormon yang dapat merangsangkan gonad. Hormon jenis ini dirembeskan oleh pituitari anterior, iaitu hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon peluteinan (LH). Hormon ini dapat juga dirembeskan oleh plasenta (yang disebut gonadotrofin karion), selain oleh pituitari anterior.
somatotrophinsomatotrofinVeterinarTiadaHormon yang dirembeskan oleh kelenjar anterior pituitari yang terdapat di bahagian pangkal otak. Hormon ini bertindak sebagai hormon pertumbuhan yang merangsang sintesis protein dan pertumbuhan tulang. Hormon ini juga menggalakkan penguraian lemak sebagai sumber tenaga. Penghasilan hormon ini lebih tinggi pada ternakan muda. Dalam penternakan lembu tenusu, suntikan hormon ini dapat meningkatkan penghasilan susu dan kecekapan penukaran makanan. Terdapat dua jenis somatotrofin iaitu somatotrofin bovin (BST) yang diekstrak dari kelenjar pituitari lembu dan somatotrofin porsin (PST) yang diekstrak dari kelenjar pituitari babi.
releasing hormonehormon pembebasanPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHormon yang berfungsi untuk mengawal pembebasan hormon lain sama ada secara merangsang atau merencatkan pembebasannya. Contohnya, hormon pembebasan gonadotropin (GnRH) yang bertanggungjawab terhadap penghasilan hormon perangsang folikel (FSH) dan hormon peluteinan (LH) dari pituitari anterior.
luteinizing hormonehormon peluteinanVeterinarPraklinikalHormon glikoprotein besar yang dirembeskan oleh sel gonadotropik dalam kelenjar pituitari anterior. Hormon ini penting dalam pembiakan kerana merangsang rembesan steroid seks gonad. Dalam testis; hormon peluteinan terikat pada reseptor sel Leydig bagi merangsang sintesis dan rembesan testosteron. Pada haiwan betina pula; pengovulan folikel matang diaruh oleh pertambahan melonjak hormon ini yang dikenali sebagai pelonjakan hormon peluteinan praovulatori. Hormon ini juga diperlukan untuk perkembangan berterusan korpus luteum ovari.
dwarfismkekerdilanPerubatanTiadaKeadaan saiz individu yang lebih kecil daripada normal, yang diakibatkan kerencatan pertumbuhan rangka, yang mungkin berpunca daripada kekurangan hormon pertumbuhan, hormon tiroid dan hormon pituitari.
parathyroid hormonehormon paratiroidVeterinarTiadaHormon yang dirembeskan oleh kelenjar paratiroid. Hormon ini mengawal kepekatan kalsium dalam cairan ekstrasel, yang juga ditentukan oleh pergerakan kalsium dari tulang ke cairan ekstrasel dan sebaliknya. Pada bahagian ginjal, hormon ini berfungsi meningkatkan penyingkiran fosforus dan mengurangkan penyingkiran kalsium melalui penyerapan semula. Pada bahagian usus kecil, hormon ini berfungsi meningkatkan penyerapan kalsium, fosforus dan magnesium. Kekurangan hormon ini boleh menyebabkan otot bergetar dan dalam situasi yang serius boleh menyebabkan keadaan konvusi pada ternakan.
12345678910...

Kembali ke atas