Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vi 1. (of certain birds) mengepak-ngepak di udara: a hawk was ~ing overhead, seekor helang mengepak-ngepak di udara; 2. (of helicopter) berhenti terkatung-katung; 3. linger uncertainly, terdiri-diri: the waiters ~ed near our table, pelayan-pelayan terdiri-diri dekat dgn meja kami; the stranger ~ed in the doorway, orang yg tdk dikenali itu terdiri-diri di muka pintu; 4. waver, vaccillate, berbelah bagi: she ~ed between buying a house or an apartment, dia berbelah bagi antara hendak membeli sebuah rumah atau sebuah pangsapuri; ~ between life and death, terumbang-ambing antara hidup dgn mati. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata hover


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, Saya ingin memohon bantuan tuan untuk mendapatkan istilah-istilah bagi perkataan-perkataan ini yang sering digunakan dalam bidang aeroangkasa: 1.Casevac (Casualty Evacuation) 2.Hover, 3.Take-off, 4.Overshoot 5.Medevac

1. casevac (casualty evacuation)-  tidak ada dalam pangkalan data kami.  Istilah bahasa Melayu untuk casualty ialah i. kecederaan  ii. korban iii. kemalangan. Padanan untuk evacuation ialah i. pemindahan ii. pengosongan iii. pengungsian.   

2. hover - hover (bidang Kejuruteraan)

3. take-off - berlepas (bidang Aeroangkasa)

4. overshoot - terlajak atau lajak (bidang Kejuruteraan)

5. medevac (medical evacuation) - tidak ada dalam pangkalan data kami. Padanan bahasa Melayu untuk medical ialah perubatan. Padanan untuk evacuation adalah seperti di atas (No. 1).

Istilah04.03.2011
Salam. Apakah terjemahan bagi istilah Bahasa Inggeris "hover" dalam konteks bidang komputer, di mana kita meletakkan kursor kita di atas sesuatu elemen tanpa menekannya. Contohnya: "Hover over the button to read more." Terima kasih.Berdasarkan pencarian kami, hover mempunyai maksud yang sama dengan mouseover.

Dalam data kami, padanan untuk istilah mouseover ialah "tetikus di atas" dan istilah ini adalah dalam bidang Teknologi Maklumat.

Bersama-sama ini disertakan pautan istilah tersebut.

http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=mouseover&d=376296&#LIHATSINI
Penyemakan dan penterjemahan09.06.2020
Salam, Saya ingin bertanya jika DBP ada istilah atau terjemahan untuk Hoverboard. Terima kasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah papan hover.Istilah10.04.2017

Kembali ke atas