Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.bu.ngan] | هوبوڠن

Definisi : 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan per­kataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut paut: utk memper­eratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini ber­kenaan apa yg telah dinyatakan (diterang­kan) atau yg sedang dibincangkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.bu.ngan] | هوبوڠن

Definisi : 1 kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2 hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3 ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Glosari Matematik Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ketaksamaaninequalityHubungan antara dua kuantiti. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 50 > 44.Menengah Atas
hubungan tak linearnon-linear relationHubungan antara y dengan x yang tidak membentuk garis lurus (linear). Kuasa tertinggi pemboleh ubah tidak boleh sama dengan 1. Lihat ContohMenengah Atas
ketaksamaaninequalityHubungan antara dua kuantiti yang tidak sama. Hubungan ini menggunakan simbol > (lebih daripada), < (kurang daripada), ≥ (lebih daripada atau sama dengan), dan ≤ (kurang daripada atau sama dengan). Contohnya, 47 > 44, x ≤ 5.Menengah Rendah
kesamaanequalityHubungan antara dua kuantiti atau ungkapan yang sama. Hubungan ini menggunakan simbol (=).Menengah Atas
kesamaanequalityHubungan antara dua kuantiti atau ungkapan yang sama. Hubungan ini menggunakan simbol =. Contohnya, 1m = 100 cm.Menengah Rendah
kurang daripadaless thanPerihal hubungan antara sepasang nombor yang menunjukkan nombor mana mempunyai nilai yang lebih kecil. Hubungan ini ditunjukkan dengan simbol <. Contohnya, 7 < 8 yang bermaksud 7 kurang daripada 8.Menengah Rendah
hubunganrelationPerkaitan antara unsur daripada satu set dengan unsur daripada satu set lain dengan menggunakan peraturan tertentu. Lihat ContohMenengah Atas
hubunganrelationPerkaitan antara pemboleh ubah. Contohnya, x < y, a² + b² = 1 dan 3p + 4q = 5.Menengah Rendah
kadarrateHubungan yang menunjukkan perubahan suatu kuantiti terhadap suatu kuantiti yang lain.Menengah Rendah
fungsifunctionHubungan antara dua pemboleh ubah dalam suatu persamaan. Bagi setiap nilai pemboleh ubah tak bersandar, terdapat hanya satu nilai yang sepadan bagi pemboleh ubah bersandar.Menengah Rendah
1234

Kembali ke atas