Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.bu.ngan] | هوبوڠن

Definisi : 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan per­kataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut paut: utk memper­eratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini ber­kenaan apa yg telah dinyatakan (diterang­kan) atau yg sedang dibincangkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.bu.ngan] | هوبوڠن

Definisi : 1 kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2 hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3 ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maksud perkataan hubungan dan hubungan etnik... sekian,

Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, hubungan ialah kaitan, pertalian, sangkut paut. Hubungan etnik pula perkaitan atau pertalian antara etnik atau kaum. Untuk keterangan lanjut sila rujuk IPTA/IPTS bidang sosiologi dan antropologi.

Makna12.08.2009
langkah-langkah mengeratkan hubungan sesama jiran tetangga dan kepentingan memelihara hubungan jiran tetanggaHubungan sesama jiran tetangga adalah penting bagi memelihara kehidupan yang sejahtera dan bersatu padu. Usaha mengeratkan hubungan sesama jiran hendaklah diamalkan oleh semua orang. Langkah-langkah untuk mengeratkan hubungan sesama jiran bergantung kepada sikap seseorang itu. Antaranya termasuklah sikap bertolak ansur, berbudi bahasa, bertegur sapa, hormat menghormati, jujur, tidak berdengki dan berdendam, tolong menolong dan saling menziarah. Dalam kehidupan bermasyarakat, memelihara hubungan sesama jiran amat penting bagi menjamin kehidupan yang sejahtera, selamat, aman dan bersatu padu. Melalui usaha ininjuga, dapat mengelakkan perpecahan dan pergaduhan sesama jiran. Masayarakat yang bersatu  akan menyumbang ke arah mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu, aman dan sejahtera.Lain-lain04.06.2008
peranan bahasa dalam hubungan etnikDalam hubungan etnik, bahasa memainkan peranan penting sebagai alat perpaduan melalui hubungan komunikasi sosial sama ada dalam sistem persekolahan, urusan perniagaan, pentadbiran, dan teknologi maklumat. Setiap etnik mempunyai bahasa masing-masing, ini menyebabkan wujud jurang komunikasi sosial. Oleh yang demikian, melalui satu bahasa komunikasi yang diguna pakai secara meluas seperti bahasa kebangsaan, maka bahasa kebangsaan menjadi penghubung setiap etnik untuk berkomunikasi secara berkesan. Hasilnya akan wujud persefahaman dan kerjasama erat antara etnik.  Lain-lain15.03.2008
hubungan bahasa, budaya dan kebudayaan?Bahasa ialah sistem lambang bunyi suara yg dipakai sbg alat perhubungan dlm lingkungan satu kelompok manusia. Oleh itu bahasa digunakan dalam aspek kehidupan termasuklah hal-hal budaya dan kebudayaan. untuk maklumat yang lebih terperinci sila rujuk buku yang berkaitan. terima kasih.Lain-lain27.08.2008
HUBUNGAN BAHASA DUSUN DENGAN BAHASA MELAYUUntuk mendapatkan maklumat tersebut, saudara perlu merujuk Jabatan Linguistik IPTA atau Pusat Dokumentasi Melayu, DBP.Lain-lain06.09.2007
Apakah yang di maksudkan dengan HUBUNGAN SULIT.Hubungan atau pertalian yang dilakukan bukan secara terang-terangan tanpa pengetahuan orang lain.Makna04.03.2010
"...hubungan dua hala Malaysia - Singapura." atau "...hubungan dua hala Malaysia-Singapura."? (Penggunaan sempang)Penggunaan tanda sempang yang betul ialah ...hubungan dua hala Malaysia - Singapura, iaitu dijarakkan.Tatabahasa21.05.2013
apakah makna hubungan paradigmatik dan sintagmatik.

Paradigmatik ialah daftar atau kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan. Manakala sintagmatik pula ialah pengetahuan (cabang ilmu linguistik, peraturan, dsb) tentang susunan kata dlm ayat. Maksud hubungan disini ialah hubungan kumpulan lengkap bentuk terbitan sesuatu perkataan dengan pengetahuan seseorang tentang susunan tersebut. T.kasih.

Makna10.09.2008
As salam.. Saya nak tanya tajuk mana yang lebih sesuai dan tiada unsur kesalahan BM. 1. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik melalui Makanan Masyarakat India 2. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik dalam Makanan Masyarakat India 3. Pencetus Keeratan Hubungan Etnik dalam Kepelbagaian Makanan Etnik India 4. Makanan Masyarakat India Menjadi Pencetus Keeratan Hubungan Etnik. Jika tuan/puan mempunyai idea yang lain, saya amat berbesar hati untuk menerimanya. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah saya hargai. Terima Kasih.Cadangan kami, "Makanan India mengeratkan hubungan etnik" atau "Makanan India menyatukan etnik".Tatabahasa12.04.2013
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya adakah frasa "hubungan silaturahim" salah dari konteks tatabahasa sebab cikgu bahasa Melayu di sekolah saya berkata silaturahim membawa maksud yang sama dengan hubungan? Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi keempat, perkataan silaturahim ialah perkataan Arab yang membawa maksud hubungan. Oleh itu, silaturahim adalah sama maksud dengan hubungan. Contoh ayat: mengeratkan silaturahim atau hubungan persaudaraan.Istilah28.03.2018
12345678910...

Kembali ke atas