Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.bu.ngan] | هوبوڠن

Definisi : 1. sambungan, rangkaian: jikalau ada tersalah bahasanya atau aturan per­kataannya atau ~ hurufnya, saya minta ampun banyak-banyak; 2. hasil berhubung: kalau rakyat Belanda tidak sanggup melihat kebenaran ini, maka saya khuatir ~ antara Belanda dan Indonesia akan terputus; 3. kaitan, pertalian, sangkut paut: utk memper­eratkan ~ persaudaraan Islam; dlm ~ ini ber­kenaan apa yg telah dinyatakan (diterang­kan) atau yg sedang dibincangkan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.bu.ngan] | هوبوڠن

Definisi : 1 kaitan; pertalian: Pd masa ini, banyak hal dlm kehidupan kita yg ada ~nya dgn sains. 2 hasil berhubung: ~ antara kedua-dua negara itu masih baik. 3 ikatan atau pertalian (keluarga dsb): Saya mempunyai ~ keluarga dgn dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Di dalam belukar timbul ketam,
     Timbul sang helang di Tanjung Jati;
Tidak lupa abang siang malam,
     Airlah mata jatuh ke pipi.


Lihat selanjutnya...(1000)

Kamus Sains

Kamus Sains.indb
akustik) Bod yang mempunyai ketumpatan rendah dan kadar serapan bunyi yang baik. Bahannya terdiri daripada liang-liang untuk menghasilkan serapan resonan. (KEJ) acoustic branch (cabang akustik) Salah satu cabang dalam hubungan sebaran, iaitu frekuensi sebagai fungsi nombor gelombang dalam getaran kekisi hablur. (FIZ) acoustic energy flux (fluks tenaga akustik) Fluks tenaga gelombang akustik. (FIZ) acoustic horn (corong akustik) Corong yang digunakan Lihat delirium tremens. (UBAT) alcoholism (alkoholisme) Ketagihan terhadap minuman keras yang boleh mengakibatkan seseorang mi- num dengan berlebihan. Keadaan ini menyebabkan seseorang kurang selera makan, merosakkan fungsi hati dan menjejaskan hubungan sosial. (UBAT) alcoholuria (alkoholuria) Keadaan yang berlaku apabila terdapat alkohol dalam urin. (BIO, UBAT) alcoholysis (alkoholisis) Penyingkiran suatu kumpulan atau pemecahan suatu struktur cincin daripada suatu sebatian melalui tindak balas

Kembali ke atas