Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
PCR (parent-child relationship)PCR (hubungan anak induk)Teknologi MaklumatTiadaHubungan satu ke banyak antara dua rekod sejenis dalam pangkalan data.
perforated completionpelengkapan tertebukKejuruteraanPetroleumSejenis pelengkapan telaga. Dalam pelengkapan ini, tetiub, selongsong pengeluaran dan/atau pelapik ditebuk bagi mewujudkan hubungan aliran yang lebih baik di antara lubang telaga dengan formasi produktif. Proses penebukan tersebut dilakukan dengan menggunakan penembak penebukan misalnya penebuk peluru, penebuk jet dan lain-lain. dengan demikian, daya pengeluaran formasi berkenaan boleh ditingkatkan.
rengarengaKesusasteraanTiadaSejenis puisi Jepun yang berantai dan ringkas. Rangkap puisi ini berturut-turutan dan dicipta oleh beberapa pengarang yang biasanya mempunyai hubungan yang akrab antara satu sama lain.
ported nippleputing berlubangKejuruteraanPetroleumSejenis puting pendaratan yang mempunyai lubang atau celah. Bahagian dalamnya sama dengan puting-puting pendaratan yang lain. alat kawal subpermukaan yang boleh ditempatkan di dalam puting berlubang adalah alat-alat hubungan, seperti pencekik pintu sisi, perkakas pemisah, pencekik silang atas dan sebagainya.
morality playsusilawaraKomunikasiKorporatSejenis drama pentas yang pelakon utamanya berperanan sebagai penyelamat. Drama ini mengisahkan tentang kehidupan manusia yang dilakonkan melalui watak yang bersifat baik dan jahat. Persembahan dialog bergantung sepenuhnya kepada skrip yang disampaikan secara beretika dengan nada suara dan gaya watak. Kebanyakan mesej dipengaruhi unsur ketuhanan dan kemuliaan, serta mengutamakan nilai kemanusiaan, keagamaan dan moral seperti hubungan baik sesama manusia. Persembahan yang sentiasa diakhiri dengan watak baik dan mulia akan memperoleh kemenangan dan kejayaan. Dari segi watak dan dialog, pelakon utama akan mendominasi keseluruhan cerita. Dari segi sejarahnya, susilawara dipersembahkan di dalam dewan tertutup dengan plot cerita melalui empat peringkat, iaitu kemurnian-berdosa-penyesalan-terselamat daripada bencana. Pada masa kini, susilawara berkembang dengan kemasukan unsur jenaka dan dipersembahkan secara terbuka.

Kembali ke atas