Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.jung] | هوجوڠ

Definisi : 1. bahagian yg terakhir dr sesuatu yg panjang (spt jalan, tali, dll), punca, lwn pang­kal: rumahnya terletak nun di ~ jalan; ~ galah; 2. akhir (bulan, minggu, tahun, dll): saya akan bercuti panjang pd ~ tahun ini; ia pulang ke kampung tiap-tiap ~ minggu; yg paling ~ yg kemudian (penghabisan dll) sekali; 3. kesudahan (percakapan, mesyuarat, dll): kedua-dua pihak telah mengeluarkan suatu kenyataan bersama di ~ pertemuan; 4. tempat yg terjauh dr orang yg bercakap, tempat yg terjauh dr pusat, yg dekat dgn tepi (bandar, kampung, dll): saya tinggal di ~ ban­dar Kuala Lumpur; suara azan dr langgar di ~ kampung sudah hilang; 5. bahagian yg tajam (lancip): ~ hidung (kepala, lembing, panah, pensel, pokok, tanduk, dll); 6. baha­gian tanah (daratan) yg menganjur ke laut dll; ~ tanah bahagian selatan sekali dr Seme­nanjung Malaysia; 7. tujuan (maksud) per­kataan dll: barangkali tuan-tuan dapat me­nangkap ~ percakapan saya itu; ~ lidah a) bahagian lidah yg di hadapan sekali; b) = sambungan ~ Mn orang yg menyam­paikan ucapan (pesanan dll) orang lain pd sesuatu majlis dll; ~ mata a) penjuru mata yg di sebelah luar, ekor mata; b) bahagian yg tajam pd alat pemotong (kikir, pisau, dll); ~ Subhanallah bp di hujung yg jauh (tidak tahu hujungnya); ~ sut hujung sekali; mengadu ~ lidah berbahas (bertengkar dll); mengadu ~ penjahit (dgn) a) bertemu muka atau mulai berkenalan (dgn); b) saling menunjukkan keahliannya, kepintarannya, kepandaiannya, dll); c) berusaha mendapatkan nafkah dgn susah payah; nyawa tinggal di ~ rambut hampir-hampir mati, tidak ada harapan lagi (sakratulmaut); se~ rambut = (sampai ke) ~ rambut (sampai kpd yg) sekecil-kecilnya (sangat berkira); tidak tentu (ada, tahu) ~ pangkal tidak tentu hala tujuannya (hubung­an satu sama lain); jadi ~ (penghujung) lidah prb jadi jurubicara dlm sesuatu perundingan dll; berhujung 1. ada hujungnya, mempunyai hujung: antara batu yg banyak itu ada sebuah yg ~ tajam; tidak ~ terus-menerus (tidak berkesudahan); ~ berpangkal ada tujuan yg tentu atau nyata dan tersusun (percakapan dll); 2. berakhir (pd), berakibat (pd): perun­dingan yg ~ kpd perdamaian; ~ minggu berehat (bersenang-senang) di hujung minggu; berhujungkan mempunyai atau memakai sesuatu sbg hujung: sj tongkat yg ~ kait besi; menghujung 1. mendekati kesudahan (akhir, penghabisan): musim buah sudah ~; 2. memuncak, meruncing: perbalahan antara dua negara itu sudah ~; hujungan sesuatu (tulisan dll) yg di hujung (buku): dlm ~ di akhir buku ini ada di­nyatakan keterangan bkn vitamin A; kehujungan kena hujung senjata, kena sen­jata yg tajam: ada seorang anak Sang Nara Diraja telah kena parang oleh seorang Beng­gali dr ekor pipinya lalu ke kening, tetapi ~; penghujung akhir, kesudahan, penghabisan; ~ bulan (abad, minggu, tahun, dll) akhir bulan (abad, minggu, tahun, dll); ~ cakap akhir cakap, penghabisan cakap; buah ~ buah yg penghabisan; berpenghujung ada penamatnya (kesuda­han­­nya, penghabisannya dsb): hari demi hari dia menanti bagaikan suatu penantian yg tidak ~; tugasnya sbg suri rumah memang tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.jung] | هوجوڠ

Definisi : ; ~ atap sj tumbuhan (pokok), junjung atap, Baeckea frutescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.jung] | هوجوڠ

Definisi : 1 bahagian yg akhir pd sesuatu yg panjang (tali, jalan dll): tongkat besi yg tajam ~nya. 2 akhir; penghabisan (bulan, minggu, tahun dll): Dia pulang ke kampungnya pd tiap-tiap ~ bulan. 3 bahagian yg tajam atau lancip: ~ pensel; ~ hidung. 4 tempat yg dekat dgn tepi; tempat yg terjauh dr pusat: Mereka tinggal di ~ bandar Kuala Lumpur. berhujung ada hujungnya; mempunyai hujung: tongkat yg ~ tajam. hujungan sesuatu yg letaknya di hujung: Dlm ~ buku itu, ada dinyatakan keterangan ttg vitamin A. penghujung akhir; penghabisan: ~ bulan (minggu, tahun dll) akhir bulan (minggu, tahun dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hujung (kata nama)
1. Dalam konteks pisau
bersinonim dengan bahagian runcing, mata,
Berantonim dengan hulu

2. Dalam konteks jalan
bersinonim dengan bahagian akhir, punca,
Berantonim dengan pangkal

3. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan tepi, pinggir, sempadan, batas,

4. Dalam konteks peristiwa
bersinonim dengan akhir, penghabisan, penamat, kesudahan,
Berantonim dengan awal

5. Dalam konteks perbarisan
bersinonim dengan bahagian belakang, ekor,

6. Rujuk maksud 1

Kata Terbitan : berhujung, menghujung, penghujung,

Puisi
 

Hujung sirih berkedut-kedut,
     Susun sampai di kedai Cina;
Kasih tuan membujuk-bujuk,
     Kasih tidak kekal lama.


Lihat selanjutnya...(93)
Peribahasa

Mengadu hujung jarum (= penjahit).

Bermaksud :

Melakukan sesuatu pekerjaan yang sangat sukar.

 

Lihat selanjutnya...(36)