Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hujung (kata nama)
1. Dalam konteks pisau
bersinonim dengan bahagian runcing, mata,
Berantonim dengan hulu

2. Dalam konteks jalan
bersinonim dengan bahagian akhir, punca,
Berantonim dengan pangkal

3. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan tepi, pinggir, sempadan, batas,

4. Dalam konteks peristiwa
bersinonim dengan akhir, penghabisan, penamat, kesudahan,
Berantonim dengan awal

5. Dalam konteks perbarisan
bersinonim dengan bahagian belakang, ekor,

6. Rujuk maksud 1

Kata Terbitan : berhujung, menghujung, penghujung,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Beza antara hari minggu, hujung minggu dan hari mingguan"Hari minggu" merujuk pada hari Ahad. Manakala, "hujung minggu" lazimnya merujuk pada hari Sabtu dan Ahad. Untuk makluman, perkataan "hari mingguan" tiada dalam bahasa Melayu. Makna10.10.2023
Boleh saya tanya 2 soalan? iaitu:- 1) Adakah "Hujung Minggu" ialah "Hari Minggu"? 2)Setahu saya, "Hujung Minggu" ialah Hari Ahad, adakah ia termasuk SABTU? sekian, terima kasihPandangan kami, hujung minggu ialah hari Sabtu dan Ahad.Lain-lain27.10.2009
"Kawasan pergunungan ini menjadi tarikan para pelancong pada setiap hujung minggu." atau "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." Perkataan manakah yang lebih sesuai, tumpuan atau tarikan? Mengapakah perkataan tersebut salah?

Ayat yang betul ialah "Kawasan pergunungan ini menjadi tumpuan para pelancong pada setiap hujung minggu." - tumpuan bermaksud pusat atau tempat ber­tumpu, manakala tarikan bermaksud daya (kekuatan untuk) menarik.

Tatabahasa26.03.2011
(1) Tuk Penghulu akan memperisterikan Azman pada hujung minggu ini. (2) Cikgu Azman akan memperisteri gadis itu pada hujung minggu ini. Bagaimanakah kita hendak menjelaskan dua objek yang berlainan jantina dalam konteks ayat di atas?Memperisterikan bermaksud memberikan isteri kepada seseorang atau menjadikan seseorang itu beristeri. Memperisteri bermaksud menjadikan seseorang itu isteri. Penggunaan kedua-dua bentuk ini dalam ayat membezakan kedua-dua makna bagi perkataan ini. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 211.   Tatabahasa12.04.2009
Adakah 'hujung' dalam frasa 'pada hujung minggu' boleh dikelaskan sebagai kata arah ?Tidak. Hujung dalam frasa "Hujung Minggu" bermaksud hari akhir setiap minggu.Lain-lain22.02.2018
Pilih ayat yang sama maksud: "Apa kata pada hujung minggu ini kita pergi memancing ke Tanjung Leman," ujar Pak Din kepada Pak Salleh. A. Pak Din mengajak Pak Salleh pergi memancing di Tanjung Leman pada minggu itu. B. Pak Din mengajak Pak Salleh pergi memancing di Tanjung Leman pada hujung minggu nanti. Yang manakah betul, jawapan A atau B? Terima kasih.

Encik Yeoh,

Ayat yang sama maksud ialah ayat B.

Lain-lain11.10.2010
Saya ingin mendapatkan kepastian: Weekdays: Hari Bekerja (Selain hujung minggu) Weekend: Hari Minggu (Selain hari bekerja) Soalan saya adalah, apakah sebutan atau ayat yang tepat untuk menterjemahkan "Weekdays" dan "Weekend" dalam bahasa melayu. Terima kasih.Menurut Kamus Inggeris - Melayu Dewan, Weekday ditakrifkan sebagai hari Isnin hingga hari Jumaat. Manakala weekend pula ialah  hujung minggu.Makna02.10.2023
Bagi nama program, perlukah dibuat begini: 1) Tanda petik tunggal 2) Nama program ditulis huruf besar pada setiap pangkal perkataan. Saya sudah mula membuat program hujung minggu seperti, 'Estim Diri', 'Estim Diri di dalam Bilik Darjah', 'Mencipta Kekayaan', dan 'Hidup Berlandaskan Prinsip Kejayaan'.Tanda petik tunggal lazimnya digunakan dalam ayat yang sudah diapit tanda petik seperti "Saya sudah mula membuat program hujung minggu 'Estim Diri'."Tatabahasa29.02.2012
Salam Puan/Tuan, Saya ingin mengetahui terjemahan yang sesuai bagi yang berikut daripada BI ke B.Melayu: Weekday - dlm bahasa melayu adakah hari minggu? Weekend - hujung minggu? Friday night - malam jumaat? kalau diterjemahkan begini, malam jumaat ini ada maksud lain bagi org melayu. Daripada B.Melayu ke BI malam minggu? Apakah terjemahannya dalam B.Inggeris? Harap puan / tuan dapat membantu. terima kasih.Menurut Kamus Inggeris- Melayu Dewan. Weekday ditakrifkan sebagai hari Isnin hingga hari Jumaat. Manakala weekend pula ialah  hujung minggu.

Istilah bagi malam minggu ialah saturday night manakala bagi Friday Night ialah malam Sabtu bukannya malam Jumaat.
Tatabahasa07.01.2013
Jikalau "Hujung Minggu" atau "Hari Minggu" bermaksud Sabtu dan Ahad. Adakah orang-orang Kelantan dan Terengganu juga beranggapan sedemikian kerana hari untuk mereka bersekolah dan bekerja mula dengan hari Ahad, bukan hari Isnin macam kita. Sekian, terima kasihBagi Kelantan dan Terengganu, hari minggu dan hujung mereka ialah Sabtu dan Jumaat.Lain-lain28.10.2009
123

Kembali ke atas