Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hujung (kata nama)
1. Dalam konteks pisau
bersinonim dengan bahagian runcing, mata,
Berantonim dengan hulu

2. Dalam konteks jalan
bersinonim dengan bahagian akhir, punca,
Berantonim dengan pangkal

3. Dalam konteks hutan
bersinonim dengan tepi, pinggir, sempadan, batas,

4. Dalam konteks peristiwa
bersinonim dengan akhir, penghabisan, penamat, kesudahan,
Berantonim dengan awal

5. Dalam konteks perbarisan
bersinonim dengan bahagian belakang, ekor,

6. Rujuk maksud 1

Kata Terbitan : berhujung, menghujung, penghujung,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AYCKBOURN, ALAN

Ayckbourn, Alan (1939– ), penulis drama dan

pengarah teater British, menjadi terkenal kerana

komedinya. Banyak komedinya memaparkan

pelbagai aspek kehidupan di bandar. The Norman

Conquests (1974) merupakan sebuah trilogi

(kumpulan tiga drama) yang mengisahkan parti di

rumah hujung minggu yang sama dari sudut

pandangan tiga orang yang berbeza. Joking Apart

(1979) mengisahkan bagaimana pasangan yang

dominan lama-kelamaan berjaya menguasai hidup

jiran-jiran mereka di subbandar. Lain-lain drama

Ayckbourn termasuk Absurd Person Singular

(1973), Sisterly Feelings (1980), Chorus of

Disapproval (1985) dan Henceforward (1987).

Ayckbourn juga terlibat dalam filem muzikal.

UMUM 
RENOIR, JEAN

Renoir, Jean (1894–1979) ialah pengarah filem

Perancis. Filemnya banyak mendedahkan

kelemahan manusia dan mencemuh sikap

masyarakat. Bagaimanapun, filemnya juga

menunjukkan belas kasihan terhadap manusia dan

kegagalan mereka. Renoir telah mengarah 36

buah filem termasuk dua buah filem yang paling

digemari ramai. Satu daripadanya, The Grand

Illusion (1937) mengkritik kesia-siaan perang dan

The Rules of the Game (1939) menyindir

perhubungan di kalangan orang kelas atasan pada

sebuah parti hujung minggu.

UMUM 
TENDON

Tendon , yang juga dikenali sebagai sinew, ialah

korda yang kuat, berwarna putih yang melekatkan

otot pada tulang. Otot menggerakkan tulang dengan

menarik tendon. Tendon adalah satu berkas banyak

serat yang liat. Sesetengah tendon berbentuk bulat,

yang lain berbentuk panjang atau leper. Satu hujung

tendon muncul daripada satu hujung otot. Hujung

satu lagi terjalin dalam bahan tulang. Tendon ini

boleh menggelongsor ke atas dan ke bawah di dalam

selaput tisu berserat, sebagaimana tangan bergerak

dalam lengan baju. Tendon dan selaput dikekalkan di

tempatnya oleh tisu penghubung yang dikenali

sebagai ligamen . Tendon yang terpotong boleh

dicantumkan semula (dijahit). Penyembuhannya

mungkin mengambil masa enam minggu atau lebih.

Lihat juga Tangan; Tendon Achilles; Tubuh

manusia (gambar: Ligamen dan tendon).

UMUM 

Kembali ke atas