Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.lu] | هولو

Definisi : 1. sl kepala: lalulah diparangnya ~ baginda itu lalu mangkat; gering ~ sakit kepala (utk raja); kalang ~ bantal kepala; 2. = ~ sungai bahagian atas (sungai dll), udik, lwn hilir: air sungai yg deras mengalir dr ~; di ~ sungai ada air terjun; 3. pangkal, permulaan; ~ hati bahagian hati yg sebelah atas; ~ musim permulaan musim; ~ malang pangkal malang; 4. tangkai (pisau, keris, cangkul, dll), pemegang; ~ cangkul tangkai cangkul; ~ wali pegangan pd pisau wali; 5. pedalaman; orang ~ orang yg tinggal jauh di pedalaman; ~ hilir a) hulu dan hilir; b) hujung pangkal; ~ kepala ubun-ubun; ~ mujur pandai bertenggang (bertengkar) ~ baik pandai memakai prb Mn pandai membawa diri dlm pergaulan; ke ~ kena bubu, ke hilir kena tingkalak prb tidak dapat mengelak drpd bahaya; jikalau di ~ airnya keruh, tak dapat tidak di hilirnya keruh juga prb jika seseorang itu jahat asalnya maka jahat jualah kelakuannya (jika sesuatu rundingan itu sudah kusut pd permulaannya biasanya buntu juga kesudahannya); orang terpegang pd ~nya, awak terpegang pd matanya prb lawan yg lebih kuat drpd kita (dlm perjanjian atau perkara); berhulu 1. terbit di, berasal dr (sungai): sungai itu ~ di pergunungan Titiwangsa; 2. mempunyai hulu, bertangkai; berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd, berkepalakan, bertangkaikan: golok yg ~ buluh dan bersarungkan upih; keris ~ cula; menghulu belayar (pergi) ke hulu sungai, mudik; menghulukan sl mendahului, memimpin, mengepalai: kalau sudah tuanku yg hendak ~ dan menunjuk ajar ... kawasan patik sanggup menyerahkan jiwa raga kami; huluan berkaitan dgn pelbagai kegiatan yg berlaku sebelum kegiatan utama (bkn industri, projek, aktiviti dsb): beliau turut memper­soalkan langkah kementerian yg bertumpu pd kegiatan di peringkat ~ dan kurang mem­beri perhatian pd peringkat hiliran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.lu] | هولو

Definisi : 1 kepala: gering ~ sakit kepala. 2 bahagian sungai sebelah atas tempat air sungai mula mengalir; udik: Air sungai yg deras mengalir dr ~. 3 kawasan atau daerah yg jauh dr pekan atau kota; pedalaman. 4 tempat memegang pd sesuatu alat (keris, parang, pisau dll); gagang; tangkai: ~ keris; ~ parang; ~ pisau. berhulu 1 bermula dr (bkn sungai); terbit di: Sungai ini ~ di Gunung Tahan. 2 memakai hulu; ada hulunya; bertangkai. berhulukan mempunyai hulu yg dibuat drpd; berhulu akan: parang yg ~ besi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hulu (kata nama)
1. Rujuk tangkai

2. Bersinonim dengan pedalaman: udik, banat,
Berantonim dengan bandar

3. Bersinonim dengan mudik: udik, bahagian atas,
Berantonim dengan hilir

Kata Terbitan : menghulu, menghulukan,

Puisi
 

Petang-petang pergi ke hulu,
     Sampai ke hulu memetik buah;
Kalau tuan balik dahulu,
     Sudah petang hati tak puas.


Lihat selanjutnya...(139)
Peribahasa

Hulu malang pangkal celaka.

Bermaksud :

Permulaan segala bencana.

 

Lihat selanjutnya...(28)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
total headjumlah huluHidrogeologiTiadaJumlah hulu cecair di titik tertentu adalah hasil tambah dari tiga komponen: hulu dongak, hulu tekanan dan hulu halaju (USGS). (Dimensi: L) Ruj.: Lohman drr. 1972 Sin.: hulu hidraulik, hulu piezometri
static headhulu statikHidrogeologiTiadaKetinggian permukaan suatu turus air di atas suatu datum standard yang dapat ditopang oleh tekanan statik di suatu titik tertentu. Hulu statik adalah jumlah hulu dongak dan hulu tekanan (USGS). (Dimensi: L) Cat.: Dalam keadaan yang memungkinkan penerapan hukum Darcy, halaju air tanah itu sangat kecil sehingga hulu halaju dapat diabaikan. Hulu bererti hulu statik, kecuali diterangkan selainnya. Ruj.: Lohman drr. 1972 Sin.: hulu hidrostatik Nota: Hulu artois mempunyai makna yang lebih terbatas dan digunakan hanya untuk air tanih tertekan.
huluhuluKerisTiadaBahagian keris yang terletak di pangkal dan ber[ungsi sebagai pemegang. Bahagian ini dibuat daripada kayu atau gading.
hulu burunghulu burungKerisTiadaHulu yang berbentuk seperti seekor burung, yang dibuat daripada kayu, gading, atau perak.
chiselpahatPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat kerja kayu yang terdiri daripada hulu dan bilah logam. Hulu pahat biasanya dibuat daripada kayu keras seperti cengal dan balau, sementara bilah logam, dibuat daripada keluli yang terdiri daripada mata dan puting. Hulu pahat biasanya mempunyai temin yang dibuat daripada loyang atau besi untuk menahan hulunya daripada pecah. Pahat boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan berdasarkan fungsinya, iaitu pahat umum, pahat peraut, dan pahat pelubang.
forebaykolam huluHidrologiTiadaWaduk kecil atau kolam yang terletak di hulu pintu air atau rintasan paip. Kolam hulu ini dapat digunakan untuk menyimpan air dalam kuantiti yang kecil, secara nisbi, untuk menampung ubahan permintaan air yang berlaku dalam tempoh waktu yang singkat, biasanya tidak melebihi beberapa jam.
hydraulic gradientgradien hidraulikHidrogeologiTiadaPerubahan hulu statik per unit jarak di suatu arah tertentu. Sekiranya tidak dinyatakan sebaliknya ini merupakan kadar maksimum pengurangan hulu (USGS). (Tak berdimensi) Ruj.: Meinzer 1923 Sin.: gradien hulu
freshwater badhulu air tawarHidrologiTiadaHulu air di suatu titik dan kedalaman tertentu dalam akuifer yang boleh diukur dalam piezometer yang mengandungi hanya air tawar.
potentiometric surfacepermukaan potensiometriHidrogeologiTiadaPermukaan yang mewakili hulu statik. Dalam hubungannya dengan akuifer, permukaan ini ditentukan oleh paras kenaikan air dalam perigi yang berpaip lindung ketat. Jika hulu banyak berubah dengan kedalaman akuifer, permukaan potensiometri hanya bermakna sekiranya ia menghuraikan hulu statik sepanjang permukaan yang tertentu atau lapisan akuifer itu. Muka air tanah ialah suatu permukaan potensiometri yang tertentu (USGS). Ruj.: Lohman drr. 1972 Sin.: permukaan piezometri
point-water headhulu air-titikHidrologiTiadaHulu air di suatu titik dan kedalaman tertentu dalam suatu akuifer yang dapat diukur melalui suatu piezometer yang mengandungi air di titik itu.
12345678910...

Kembali ke atas