Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hulu (kata nama)
1. Rujuk tangkai

2. Bersinonim dengan pedalaman: udik, banat,
Berantonim dengan bandar

3. Bersinonim dengan mudik: udik, bahagian atas,
Berantonim dengan hilir

Kata Terbitan : menghulu, menghulukan,

Puisi
 

Orang hulu pulang ke hulu,
     Sampai ke hulu menyangkul busut;
Bila terkenang zaman dahulu,
     Hati yang baik menjadi kusut.


Lihat selanjutnya...(139)
Peribahasa

Jangan menghulurkan hulu keris ke tangan orang.

Bermaksud :

Jangan menyerahkan kuasa kapada orang, nescaya kita dibinasakannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Pantun

PantunSumberTema
Dari hulu orang berkayuh, Berjaja itik beribu kati; Dari dahulu abang menjauh, Di manakan adik mahu menanti.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari hulu orang ke hilir, Perahu kolek semakin sarat; Dari dahulu abanglah mungkir, Malulah adik berkirim surat.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Air pasang mudik ke hulu, Orang Cina belayar perahu; Pernahkah dengar dari dahulu, Tebu pisang gajah tak lalu.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Pasang penyenak dari kuala, Sampan belayar mudik ke hulu; Orang tak hendak apalah daya, Badan terlantar menahan malu.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Dari hulu orang berburu, Turun naik sehingga petang; Dari dahulu abang menunggu, Menanti adik di tangan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Orang hulu pulang ke hulu, Sampai ke hulu menyangkul busut; Bila terkenang zaman dahulu, Hati yang baik menjadi kusut.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Orang hulu memalu nobat, Nobat dipalu kayu berangan; Fikir dahulu sebelum buat, Kalau dibuat menyesal jangan.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Orang hulu membeli badik, Badik dicuci lalu disental; Tidur malam mimpi memeluk adik, Bila kujaga kulihat bantal.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang hulu menebang jati, Orang darat menetak palas; Kalau nak tahu budi sejati, Tidak berhajat minta dibalas.Kurik Kundi Merah SagaBudi
Azan tersendar sayup sampai, Disahut orang hulu dan hilir; Badan terkapar jadi bangkai; Janji ku pegang tiada mungkir.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
1234567

Kembali ke atas