Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.mék.tan] | هوميکتن

Definisi : (huméktan) (Ubat) agen atau bahan yg mengekalkan kelembapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata humektan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
humectanthumektanMakanan dan PemakananMakananAditif makanan yang boleh menyerap atau memegang lembapan dan mengawal aktiviti air dalam makanan. Contoh humektan ialah gliserol, sorbitol dan gula songsang. Humektan boleh ditambah ke dalam makanan sejuk beku untuk mengelakkan pertumbuhan kristal ais.
humectanthumektanMakanan dan PemakananTeknologi MakananAditif makanan untuk mengikat air bebas serta merendahkan keaktifan air. Ini membantu mengawet makanan dan mengawal pertumbuhan mikroorganisma. Humektan juga digunakan sebagai penstruktur, pemberi kemanisan dan mempunyai nilai kalori. Ia sering digunakan dalam makanan separa lembap seperti sos dan sup pekat. Contoh, gliserol, sukrosa, dan natrium klorida. Sinonim agen pengawal lembapan.
moisture control agentagen pengawal lembapanMakanan dan PemakananTeknologi MakananLihat humektan.
dihydroxyacetonedihidroksiasetonPerubatanTiada1. Ketosa yang paling sederhana digunakan dalam losen pelindung matahari atau suntan. 2. Pepejal hablur tak berwarna, larut dalam air yang digunakan dalam kosmetik sebagai pengemulsi, humektan dan fungisid.
dihydroxyacetonedihidroksiasetonKimiaTiada1. Ketosa yang paling sederhana digunakan dalam losen pelindung matahari atau suntan. 2. Pepejal hablur tak berwarna, larut dalam air yang digunakan dalam kosmetik sebagai pengemulsi, humektan dan fungisid.
dihydroxyacetonedihidroksiasetonPentadbiran PerniagaanTiada1. Ketosa yang paling sederhana digunakan dalam losen pelindung matahari atau suntan. 2. Pepejal hablur tak berwarna, larut dalam air yang digunakan dalam kosmetik sebagai pengemulsi, humektan dan fungisid.
glycerolgliserolMakanan dan PemakananTeknologi MakananAlkohol trihidrik yang jernih, tidak berbau, likat dan berasa manis. Gliserol merupakan komponen asas minyak dan lemak selain asid lemak. Gliserol wujud secara semula jadi dalam kebanyakan tumbuhan dan diperoleh sebagai bahan sampingan hidrolisis lemak dan minyak dalam pembuatan sabun atau daripada penapaian glukosa, atau melalui sintesis kimia propilena. Gliserol mempunyai kemanisan lebih kurang dua per tiga kemanisan sukrosa. Gliserol digunakan sebagai perencat penghabluran, humektan dan bahan pemanis dalam makanan bakeri, manis-manisan, dan kelapa parut. Ia juga digunakan sebagai pelarut bagi pewarna dan perisa makanan; dan sebagai bahan pelincir bagi alat pemprosesan makanan. Sinonim gliserin.

Kembali ke atas