Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[hu.ru.ha.ra] | هورو-هارا

Definisi : 1. dlm keadaan tidak tenteram, kacau-bilau: negeri yg aman akan ~ akibat hasutan drpd anasir-anasir komunis; 2. dlm keadaan kelam-kabut (tidak keruan dsb): dia bimbang kalau diisytiharkan pd waktu itu, akan ~lah tentera yg berperang di bawah pemerintahannya; 3. bp berjalan dgn tidak tentu tujuan: janganlah ~ ke sana ke mari dgn kawan-kawan pd waktu malam; 4. keadaan kacau-bilau: ahli nujum meramal­kan bahawa ~ akan berlaku di negeri itu dlm tahun 1990-an; menghuru-harakan 1. menyebabkan huru-hara, mengacau-bilaukan: gerila-gerila komu­nis cuba ~ negara kita, tetapi gagal; 2. menyebabkan huru-hara, menjadikan (keada­an) kelam kabut: kekecohan itu telah ~ mereka; kehuru-haraan keadaan yg huru-hara, ke­kacau-bilauan: ~ di negara itu telah men­jejaskan kedudukan ekonominya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[hu.ru.ha.ra] | هورو-هارا

Definisi : 1 keadaan tidak aman; keadaan kacau-bilau: Jika rakyat bersatu padu, ~ tidak mungkin berlaku. 2 tidak aman; kacau-bilau: Negeri yg dahulunya aman sentosa itu telah menjadi ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
huru-hara (adjektif)
Bersinonim dengan kacau-bilau, haru-biru, gempar, gara-gara, igau, cabuh, cabur;,
Kata Terbitan : menghuru-harakan, kehuru-haraan,

Peribahasa

Membebek kambing lari ke hutan,
     menyalak anjing lari ke kota.

Bermaksud :

Dalam waktu huru-hara orang yang penakut berteriak lagi, tetapi orang yang berani bertempik maju.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
chaotic familykeluarga huru-haraKejururawatanTiadaKeluarga yang kacau-bilau dan ahlinya sering menghadapi krisis antara satu sama lain.
order/disorder/chaostertib/tidak tertib/huru-haraKesenianSeni BinaBerkaitan dengan struktur susunan dalam seni bina yang boleh dilakukan secara terancang atau tidak terancang tetapi masih dalam satu ketetapan atau undang-undang tertentu.
chaoskacau-bilauSejarahTiadaKacau-bilau: Keadaan huru-hara atau kucar-kacir.
civil disorderkekacauan awamSejarahTiadaKeadaan kekacauan dan huru-hara disebabkan pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh orang awam melalui tunjuk perasaan dan demonstrasi.
social unrestkekacauan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan huru-hara yang berlaku dalam masyarakat apabila undang-undang dan peraturan tidak dihiraukan. Kekacauan ini berlaku dalam bentuk perarakan besar-besaran, pembakaran kedai, kenderaan dan rumah. Dalam keadaan ini, orang ramai keluar ke bandar atau tempat tertentu untuk menunjuk perasaan membantah sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Kekacauan boleh berlaku apabila tersebarnya khabar angin, keadaan ekonomi yang meruncing dan menyukarkan orang ramai, perbalahan etnik serta konflik politik. Contohnya, kemelesetan ekonomi dan kejatuhan nilai wang yang berlebihan di Indonesia pada tahun 1997- 1998 telah menyebabkan kekacauan sosial yang serius. Sinonim kegelisahan sosial.
civil commotionkegemparan awamSejarahTiadaKeadaan kacau-bilau atau huru-hara yang ditimbulkan oleh orang awam untuk menunjukkan tentangan kepada pemerintah.
confusionkekeliruanSejarahTiadaPerihal keadaan yang tidak teratur, kucar-kacir atau huru-hara akibat kemusnahan negeri, kekalahan dalam perang dan perampasan kuasa seperti kekalahan tentera Carthaga dengan tentera Rom.
apprehensive periodtempoh cemasPentadbiran PerniagaanTiadaTempoh apabila kadar biasa untuk insurans rusuhan dan huru-hara digantung disebabkan kekacauan sedang atau akan berlaku.
extended coverage endorsementendorsemen perlindungan diperluasinsuransTiadaEndorsemen yang memperluaskan sesuatu polisi kebakaran untuk melindungi peril berikut: ribut, taufan, hujan, batu, letupan, rusuhan, huru-hara, kerosakan akibat pesawat terhempas, kenderaan dan asap.
extended coverage endorsementendorsemen perlindungan diperluasPentadbiran PerniagaanTiadaEndorsemen yang memperluaskan sesuatu polisi kebakaran untuk melindungi peril berikut: ribut, taufan, hujan batu, letupan, rusuhan, huru-hara, kerosakan akibat pesawat terhempas, kenderaan dan asap.
12

Kembali ke atas