Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata ganti nama diri ketiga; dia: ~ bercita-cita hendak menjadi doktor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kata yg diucapkan utk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu; ya. beria-ia bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. mengiakan mengatakan ia; membenarkan; menyungguhkan: Saya ~ apa-apa yg dikatakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia
Rujuk :dia

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tepungnya ia mahu,
     kuihnya pun ia mahu.

Bermaksud :

Diberi sedikit hendak banyak.

 

Lihat selanjutnya...(55)


Glosari Dialek Pahang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
mbeng[mbeN]kata tugasberia-ia atau berselera.Mbeng bebeno koi makan kenuri semalam.[mbeN b«.b«.no kj mA.kAn k«.nu.Äi s«.mA.lAm]Berselera sungguh saya makan nasi kenduri semalam.
kue hati pari[ku.we hA.ti pA.Äi] sejenis kuih tradisi pahang, ia dibuat daripada jagung kampung yang dikisar dan diambil patinya, seterusnya dimasak dengan santan pekat dan gula.   
daon barat[dA.won bA.ÄAt] pokok menjalar yang tumbuh meliar di tepi pantai. Ia berbunga ungu dan putih.   
buoh sepang[bu.wh s«.pAN] penganan yang dibuat daripada tepung pulut yang dicampurkan dengan santan dan berintikan kelapa, ia dimasak dengan cara mengaturnya di atas daun pisang dan dikukus.   
buoh panca[bu.wh pAn.tSA] buah hutan seakan-akan buah rambai tetapi bujur dan apabila matang berwarna kekuningan, ia berbuah pada batang dan rasanya masam.   
kelambu rimau[k«.lAm.bu Äi.mAw] sejenis pokok yang tumbuh meliar dalam semak samun dan hutan kecil, daunnya lebar berwarna hijau dan berbulu halus. Ia juga disebut pokok kapal terbang.   
auk[Au/]kata tugaskata untuk mengiakan sesuatu.Auk, man setuju dengan cadangan aji tu.[Au/ mAn s«.tu.dZu d«.NAn tSA.dA.NAn A.dZi tu]Ia, saya setuju dengan cadangan awak tu.
lembang II[lEm.bAN] berkenaan sesuatu keadaan yang tidak tersusun.Ce suson buku tu, lembang ngat.[tS« su.son bu.ku tu lEm.bAN NAt]Tolong susun buku itu kerana ia sangat tidak tersusun.
   2. sesuatu yang dibiarkan musnah dengan sendiri.Agan aje pokok tu, karang tumbang sendiri.[A.gAn A.dZ« po.ko/ tu kA.ÄAN tum.bAN s«n.di.Äi]Biarkan sahaja pokok tu, nanti ia tumbang sendiri.

Kembali ke atas