Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata ganti nama diri ketiga; dia: ~ bercita-cita hendak menjadi doktor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kata yg diucapkan utk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu; ya. beria-ia bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. mengiakan mengatakan ia; membenarkan; menyungguhkan: Saya ~ apa-apa yg dikatakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia
Rujuk :dia

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tepungnya ia mahu,
     kuihnya pun ia mahu.

Bermaksud :

Diberi sedikit hendak banyak.

 

Lihat selanjutnya...(55)


Pantun

PantunSumberTema
Adat batu ia berdekak, Adat besi ia berdencing; Ada dipalu tahan asak, Hukum jatuh tahan banding.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Jikalau ia kajang di Biku, Tanam dedap dalam padi; Jika ia kata begitu, Alangkah sedap dalam hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Orang musafir datang memanah, Memanah ia di Sengam Padang; Datang Jibrail mengambil tanah, Diambil ia tanah segenggam.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Taat umat kepada Allah, Kerja maksiat ia haramkan; Kuat adat mulia maruah, Petuah nasihat ia fahamkan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Apa guna membeli parang, Kalau digunakan ia patah; Apa guna menjadi orang, Kalau dituakan ia menyalah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Elok parang mata berkilat, Mata berkilat ia diasah; Elok orang kerana beradat, Kerana beradat ia bermaruah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Pasang naik orang menjala, Walau lelah ia teruskan; Orang baik pantang mencela, Kalau bersalah ia luruskan.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Patuh Melayu kepada emak, Dari kecil ia besarkan; Senonoh laku mulia akhlak, Hari yang batil ia hindarkan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Sifat perahu pantang ditakik, Bila ditakik ia kan tembuk; Adat Melayu pantang diusik, Bila diusik ia mengamuk.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Orang memukat pagi dan petang, Kena gelombang ia tabahkan; Orang beradat berhati lapang, Kesalahan orang ia lupakan.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
1234

Kembali ke atas