Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata ganti nama diri ketiga; dia: ~ bercita-cita hendak menjadi doktor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kata yg diucapkan utk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu; ya. beria-ia bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. mengiakan mengatakan ia; membenarkan; menyungguhkan: Saya ~ apa-apa yg dikatakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia
Rujuk :dia

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tepungnya ia mahu,
     kuihnya pun ia mahu.

Bermaksud :

Diberi sedikit hendak banyak.

 

Lihat selanjutnya...(55)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaJikalau ia kajang di Biku, Tanam dedap dalam padi; Jika ia kata begitu, Alangkah sedap dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaOrang musafir datang memanah, Memanah ia di Sengam Padang; Datang Jibrail mengambil tanah, Diambil ia tanah segenggam.
Kurik Kundi Merah SagaAyonglah si kunang-kunang, Ia bernama si bunga pinang; Rosaklah di laut boleh kurenang, Rosak di hati tidak kusenang.
Kurik Kundi Merah SagaDisimpan gula dengan sirih, Datang ia dari tanah; Sudah ada Nabi Idris, Ada pula Nabi Noh.
Kurik Kundi Merah SagaAnak punai anak merbah, Pandai ia membuat sarang; Anak sungai lagi berubah, Ini pula hati orang.
Kurik Kundi Merah SagaDibawa angin ke barat daya, Jatuh ia ke atas titi; Kalau tuan ceritakan saya, Boleh saya pergi nanti.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merbuk terbang ke tebing, Hinggap ia di dahan manggis; Kalau hendak menyarung cincin, Sarungkanlah di jari manis.
Kurik Kundi Merah SagaAnak helang di kayu tinggi, Patah ranting terbanglah ia; Anak dagang tak lama di sini, Sampai musim pulanglah dia.
Kurik Kundi Merah SagaBaju putih seluar putih, Tengah membasuh sabunnya hilang; Aku kasih ia pun kasih, Tengah berkasih ianya melayang.
Kurik Kundi Merah SagaSapu tangan cindang berambu, Bakar akan cermin cinanya; Jika sudah untung bertemu, Kita mendapat ia empunya.
12

Kembali ke atas