Ditarik ia menanduk, digiring ia menyepak. | Orang bodoh, yang tidak mahu menurut bicara orang. (Bandingkan dengan: a. Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula, b. Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk) | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tepungnya ia mahu, kuihnya pun ia mahu. | Diberi sedikit hendak banyak. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Berketak ayam mandul; orang berketak ia berketak, orang bertelur ia tidak. | Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula. | Menghadapi seseorang yang kita kasihi, yang menyebabkan kita menjadi serba-salah. mengeting = memotong urat keting. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Diiringkan menyepak, dikemudiankan menanduk. | Keadaan yang serba salah, terutama dalam menghadapi orang bodoh; diajak berunding tak tentu fikirannya, tak diajak ia marah. (Bandingkan dengan: Di belakang ia menendang kita, bila di depan ia mengeting kita, jika di tengah ia berpusing ligat pula). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Ibarat gasing: berpaku tetap berpusing, tak berpaku merayau. | Lelaki yang sudah beristeri, biar bagaimanapun ia berjalan namun ia tetap akan kembali ke rumahnya juga. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Apalagi sawa, ia berkehendakkan ayamlah! | Orang yang suka mencari barang-barang yang digemarinya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Anjing itu, kalau dipukul sekalipun, berulang juga ia ke tempat bangkai yang banyak tulang. | Orang yang tamak, sekalipun dikata-katai, namun ia tidak akan malu. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Awak hendak hilir, ia telah hanyut. | Cita-cita yang telah didahului oleh orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Angguk enggan, geleng ia. | Lain di mulut, lain di hati. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |