Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : kata ganti nama diri ketiga; dia: ~ bercita-cita hendak menjadi doktor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : kata yg diucapkan utk membenarkan, mengakui atau menyetujui sesuatu; ya. beria-ia bersungguh-sungguh: Dia ~ benar mengajak saya pergi ke Pulau Tioman. mengiakan mengatakan ia; membenarkan; menyungguhkan: Saya ~ apa-apa yg dikatakannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ia
Rujuk :dia

Puisi
 

Orang musafir datang memanah,
     Memanah ia di Sengam Padang;
Datang Jibrail mengambil tanah,
     Diambil ia tanah segenggam.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Tepungnya ia mahu,
     kuihnya pun ia mahu.

Bermaksud :

Diberi sedikit hendak banyak.

 

Lihat selanjutnya...(55)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
IA antigenantigen IAVeterinarTiadaTiada
pin perforationpenembusan pinPergigianTiadaPin yang terkeluar dari liang yang disediakan. Ia terkeluar disebabkan sudut kemasukan yang condong ke arah permukaan luar gigi atau rongga pulpa. Jika pin terkeluar ke arah luar ia menyebabkan inflamasi gingiva dan jika ia terkeluar ke arah rongga pulpa ia mengakibatkan kematian tisu pulpa. Sekiranya dikesan pada peringkat awal, pin ini harus dikeluarkan bagi mengelakkan inflamasi gingiva dan kematian tisu pulpa.
anginaanginaPerubatanTiadaNyeri yang dirasakan di bahagian tengah atau kiri dada yang disebabkan oleh iskemia otot jantung. Ia merupakan gejala penyakit jantung iskemia. Ia boleh merebak pada bahu dan lengan kiri, tengkuk dan dagu. Ia boleh disertai dengan berdebar, berpeluh-peluh, rasa loya, dan sukar bernafas. Keadaan ini biasa berlaku semasa penggunaan tenaga yang banyak dan dapat dipulihkan dengan mengambil ubat nitrat atau berehat. Angina boleh berlanjutan sehingga menjadi serangan jantung.
cortisolkortisolBiologiFisiologihormon adrenokortikal yang disebut juga sebagai hidrokortison. Ia mempengaruhi metabolisme karbohidrat, kalium dan natrium dan ia perlu untuk penyerap glukosa, pembentukan glikogen di hepar dan tisu serta penggunaan karbohidrat oleh tisu.
parallel straight lineselari)MatematikTiadaGaris-garis sesatah adalah selari jika ia tidak pernah memotong satu sama lain tidak kira berapa jauh ia di panjangkan.
fovea centralisfovea sentralisBiologiFisiologiBahagian retina pada sesetengah vertebrat yang mempunyai lekukan ke dalam, ia merupakan titik penglihatan yang sangat penting. Ia tidak mempunyai serabut saraf, dan terdapat makula lutea pada manusia dan sesetengah primat.
upper-level anticycloneantisiklon aras atasSainsHidrometeorologiPusaran antisiklon yang terdapat dalam udara di aras atas. Ia dinamakan sedemikian hanya apabila ia lebih nyata diaras atas daripada di permukaan bumi dan berhampiran permukaan bumi.
true resistanceketahanan benarBiologiPatologiIstilah ini sama ertinya dengan ketahanan aktif. Ia dikatakan benar kerana ketahanan yang berasaskan fisiologi benar-benar dapat mengawal perkembangan patogen, walaupun ia sudah berada di dalam sel perumah. bd. ketahanan palsu.
zombiezombieTeknologi MaklumatTiada1.Dalam persekitaran sistem pengendalian UNIX, ia dirujuk sebagai proses atur cara yang telah mati tetapi belum lagi mengembalikan masukan jadual prosesnya ke sistem. 2.Dalam WWW, ia bermaksud tapak web yang terbiar dan lapuk kandungannya dan telah bertukar alamat. Zombie menghasilkan keadaan pautan reput. 3.Satu bentuk serangan nafi khidmat(DoS). Tapak zombie akan menerima mesej berniat jahat yang akan menjanakan banyak permintaan yang akhirnya menyebabkan tapak itu musnah atau menjadikannya lumpuh sehinggakan tidak dapat melayani permintaan lain.
gain accesslaluan aksesPergigianTiadaLangkah permulaan dalam prosedur untuk menggerudi gigi. Langkah ini penting kerana ia menyediakan laluan bagi prosedur seterusnya dalam membuat restorasi. Ia dibuat dengan menggunakan bur bulat yang kecil untuk mengurangkan pembuangan struktur gigi yang sihat. Ini adalah kerana kadangkala capaian akses ke struktur gigi yang berkaries perlu dibuat menerusi struktur gigi yang sihat.
12345678910...

Kembali ke atas