Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.bu] | ايبو

Definisi : 1. orang yg melahirkan kita, emak: tiap-tiap bulan, dia mengirim wang kpd ~nya di kampung; 2. panggilan hormat terhadap wanita yg telah berumur atau wanita yg bersuami: kaum ~ dipersilakan duduk di hadapan; 3. bahagian yg besar (induk, utama, pusat, dll) drpd sesuatu (spt pejabat dll); rumah ~ bahagian yg besar atau bahagian tengah sesebuah rumah; 4. ki inti: surah al-Fatihah sbg ~ kpd al-Quran; ~ afrit ketua dlm satu kumpulan budak-budak nakal; ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur; ~ haruan orang yg suka mengusik atau menyakat orang lain (biasanya kanak-kanak); ~ jari = ~ tangan jari yg besar antara jari-jari tangan; ~ kaki jari yg besar antara jari-jari kaki; ~ kandung ibu yg sebenar; ~ keladi orang tua yg masih berkelakuan spt orang muda-muda; ~ kelung gajah betina yg digunakan utk memikat gajah liar; ~ kota = ~ negara = ~ negeri bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; ~ kuih ragi (benda yg dibubuh dlm adunan supaya kuih naik); ~ mentua ibu kpd isteri (suami); ~ mutiara bahan yg keras, licin dan berkilat yg menjadi lapisan atau selaput kulit tiram terutamanya digunakan utk membuat butang, barang perhiasan, dll; ~ panah busar; ~ pasir pasir yg kasar-kasar; ~ pejabat pejabat besar; ~ pemalas orang yg sangat malas; ~ pembohong orang yg selalu bercakap bohong; ~ pertiwi negeri tempat tumpah darah (negeri sendiri); ~ roti sj yis yg menjadikan doh roti naik, kembang dan gebu; ~ saraf pusat urat saraf; ~ saudara adik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita; ~ sawat (telekom) pusat suis atau pensuisan yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon: kegunaan telefon tanpa dail memerlukan sambungan oleh operator di ~ sawat telekom; ~ sungai sungai besar yg mempunyai beberapa buah anak sungai; ~ suri bonda raja; ~ susu perempuan yg menyusui seseorang kanak-kanak yg bukan anaknya sendiri; ~ tangga kayu (buluh) tempat anak tangga dipakukan atau diikat; ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb; spt anak ayam kehilangan ~ prb rakyat yg berpecah-belah atau hilang akal kerana kehilangan pemimpin (kesusahan kerana bercerai dgn sahabat karib); beribu 1. mempunyai ibu; 2. menganggap sbg ibu; beribukan mempunyai sbg ibu: isteri yg ~ orang berharta; keibuan sifat-sifat ibu, kewanitaan: perasaan ~ memang cepat tumbuh di kalangan anak-anak perempuan; peribuan perindukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.bu] | ايبو

Definisi : ; ~ gema sj ikan laut, Pseudosciaena diacanthus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.bu] | ايبو

Definisi : 1 orang yg melahirkan kita; emak: ~ mana yg tak sayang akan anaknya. 2 panggilan yg lebih hormat utk wanita (terutamanya yg sudah bersuami atau yg telah berumur). 3 bahagian yg terbesar atau terpenting pd sesuatu; pusat: ~ pejabat; rumah ~. ~ ayam perempuan yg memperdagangkan pelacur. ~ bapa orang tua (yakni emak dan ayah). ~ jari, = ~ tangan jari tangan yg terbesar dan pendek. ~ kaki jari kaki yg terbesar. ~ kandung emak benar. ~ kota (negara, negeri) kota yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negara. ~ mentua ibu kpd isteri atau suami. ~ Mithali a. gelaran utk ibu yg dpt mendidik anak-anaknya sehingga berjaya (dr segi akademik, moral, agama dsb). b. wanita yg menerima gelaran Ibu Mithali. ~ pertiwi tanah tempat tumpah darah; negeri sendiri. ~ roti ragi yg digunakan utk menaikkan adunan roti. ~ saudara adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. ~ sawat (telekom) pusat suis yg merangkaikan atau menghubungkan talian-talian telefon. ~ susu ibu yg menyusui kanak-kanak yg bukan anaknya. ~ tiri isteri bapa yg bukan ibu sendiri. ~ tunggal wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. beribu ada ibunya; menganggap sbg ibu: Hasan sudah tidak ~ lagi. beribukan mempunyai sbg ibu: Anak ayam itu ~ itik. keibuan sifat-sifat sejati seorang ibu (lemah lembut, pengasih dsb): Sifatnya yg ~ itu telah menambat hati anak muridnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,

Puisi
 

Ibu kapur di lembah paya,
     Tebang balam di cuaca redup;
Sirih sekapur persembahan saya,
     Minta disimpan seumur hidup.


Lihat selanjutnya...(48)
Peribahasa

Kecil dikandung ibu,
     besar dikandung adat,
mati dikandung tanah.

Bermaksud :

Orang hidup hendaklah pandai menyesuaikan diri dengan keadaan di sekelilingnya.

 

Lihat selanjutnya...(29)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, saya mempunyai pertanyaan tentang penggunaan huruf besar bagi kata ganda penuh dalam tajuk/judul buku. Contoh: Ibu-ibu yang Tersayang / Ibu-Ibu yang Tersayang. Yang manakah betul? Terima kasih.Jawapan yang betul ialah Ibu-ibu yang Tersayang.
Ejaan19.04.2023
1.Apakah kata ganda untuk ibu bapa? Ibi-ibu bapa? Ibu bapa-ibu bapa? 2.Ratna endapat (mata/markah) yang tinggi dalam ujuan BMnya. Terima kasih.1. ibu bapa-ibu bapa
2. markah
Tatabahasa07.08.2014
Saya dan ibu Ibu dan saya Yang mana lebih tepat? Yang kurang tepat itu adakah salah?1. Saya dan ibu
2. Ibu dan saya

Kedua-dua frasa di atas betul.
Tatabahasa09.07.2023
1. Ali membuang sampah ke / di dalam tong sampah. 2. ibu murid-murid atau ibu-ibu murid

1. Ali membuang sampah ke dalam tong sampah.

2. Ibu murid

Tatabahasa12.08.2010
Bolehkah 'engkau' digunakan ketika bercakap dengan ibu? Adakah betul lirik 'jingle' iklan berikut: "Ibu, ibu, engkaulah ratu hatiku"Perkataan engkau tidak sesuai digunakan untuk berkomunikasi dengan ibu kerana dalam budaya dan adab sopan, kita diajar supaya menggunakan bahasa yang baik dan halus terutama apabila bercakap dengan ibu, orang yang dihormati.  Dalam lirik lagu yang dikemukakan ini, penggunaan engkau adalah betul dari aspek tatabahasa tetapi tidak sesuai dalam konteks kesantunan berbahasa. Tatabahasa12.05.2010
Salam, antara berikut, yang manakah lebih tepat? 1. 'Persatuan Ibu Tunggal' atau Persatuan Ibu-ibu Tunggal'. 2. 'Rumah Anak Yatim Sentosa' atau Rumah Anak-anak Yatim Sentosa' Tujuan saya bertanyakan soalan ini adalah kerana 'persatuan' dan 'rumah' sudah menjadi satu entiti yang menyeluruh (merangkumi banyak dan besar serta sudah pastinya mengandungi lebih daripada 1orang, 1benda dan sebagainya). Jadi, mengapakah perkataan selepas itu perlu digandakan (jika jawapan yang betul memerlukan kata ganda)?Sekian, terima kasih.Frasa yang tepat ialah "Persatuan Ibu Tunggal" dan "Rumah Anak Yatim Sentosa".Tatabahasa08.07.2013
Soalan saya: Antara dua ayat ini, yang manakah lebih tepat? 1. Kebanyakan ibu di Malaysia... atau 2. Kebanyakan ibu-ibu di Malaysia... Bolehkah diterangkan penggunaan 'kebanyakan' dengan lebih terperinci? Terima Kasih atas bantuan.Merujuk Kamus Dewan Edisi Empat, kebanyakan bermaksud 1. jumlahnya, banyaknya: bukan ~ tetapi nilainya yg penting; 2. sebahagian besar, yg terbanyak: kerajaan mendapat sokongan drpd ~ ahli parlimen; 3. biasa: dia bukan kuli ~, tetapi seorang yg mempunyai cita-cita tinggi; orang ~ orang biasa; 4. biasanya, amnya: Raja Haji Yahya telah mencatatkan cerita rakyat Melayu yg ~nya kita istilahkan sbg cerita-cerita pelipur lara; 5. Jk sangat banyak, terlampau banyak; manakala para pula bermaksud kata (yg mendahului kata-kata lain) yg menyatakan ramai: ~ mahasiswa dan pelajar; ~ peserta. Ayat yang lebih tepat ialah 'kebanyakan ibu di Malaysia' kerana perkataan kebanyakan sudah menunjukkan 'banyak' atau 'jamak', jadi tidak perlu ditambah perkataan 'ibu-ibu', memadai ibu sahaja.Tatabahasa12.12.2012
Assalam, saya nak bertanya tentang kata ganda majmuk "ibu-ibu bapa" sama ada betul atau tidak? terima kasih
Cara untuk menggandakan kata majmuk ibu bapa ialah ibu bapa-ibu bapa. Penggunaan yang lebih kerap ialah ibu bapa para pelajar.
Tatabahasa13.04.2021
Apakah ayat pasif untuk ayat-ayat berikut? Ali membelikan ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya membelikan ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Dia menghadiahi ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya menghadiahi ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu.Ayat yang diberikan ini "Ali membelikan ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu. Saya membelikan ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." tidak mengikut hukum  tatabahasa iaitu kata kerja aktif transitif memerlukan objek sebagai penymbut. Manakala ayat pasif bagi ayat "Dia menghadiahi ibunya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu" ialah "ibu dia dihadiahi olehnya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu". Ayat pasif bagi ayat ini pula "Saya menghadiahi ibu sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu." ialah "Ibu dihadiahi oleh saya sehelai baju bersempena dengan Hari Ibu."Tatabahasa22.05.2017
Yang manakah betul? 1. patuh kepada ibu /patuh pada ibu 2. Frasa ibu bapa merujuk kepada dua orang atau satu kumpulan?1. Frasa yang betul ialah "patuh kepada ibu".
2. Frasa ibu bapa merujuk kepada satu entiti, iaitu ibu atau bapa.
Tatabahasa07.10.2012
12345678910...

Kembali ke atas