Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang tua (yakni emak dan ayah); keibubapaan (sifat, hal, dsb) yg berkaitan dgn ibu bapa: dgn adanya ilmu ~ ini, mereka tidak akan meraba-raba dlm kesamaran. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang tua; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : orang tua (yakni emak dan ayah). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(12)
Peribahasa

Jangan meludah ke langit.

Bermaksud :

Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaKemili sejunjung naik, Mari digali dengan pahat putar; Ibu bapa sendiri jemputlah naik, Saya sudah bentangkan tikar.
Kurik Kundi Merah SagaNisan batu tambak belian, Jari jangan diberi luka; Amanah ibu bapa pesan, Janji jangan diberi lupa.
Kurik Kundi Merah SagaAmbil kapak di tengah laman, Tanam sirih tepi telaga; Ibu bapa tentu tak berkenan, Sekalian waris pun tak suka.
Kurik Kundi Merah SagaBunga rampai dalam cepu, Taruh mari dalam raga; Ucap selamat pengantin baru, Ibu bapa menumpang suka.
Kurik Kundi Merah SagaJika puan betul nareka, Tareka saya kain kasa; Jika tuan benar suka, Pulang berunding dengan ibu bapa.
Kurik Kundi Merah SagaPucuk perah selara perah, Pucuk kundur ngelai ke hulu; Ibu dan bapa sudahlah marah, Biar saya balik dulu.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati bertelur tunggal, Menetas anak turun ke paya; Ibu mati bapa pun meninggal, Di manalah tempat kami nak bermanja.
Kurik Kundi Merah SagaBurung merpati beranak tunggal, Mati dibela di kaki meja; Ibu mati bapa tinggal, Mana tempat tumpang bermanja?
Kurik Kundi Merah SagaLabuan tanahnya rata, Anak ikan di paya dua; Jangan takut ibu dan bapa, Kalau jodoh kita berdua.
Kurik Kundi Merah SagaBoleh ganti bunga kelapa, Bunga kelapa di Padang Jongok; Boleh cari ibu dan bapa, Siapa pula nak mengaku anak?
12

Kembali ke atas