Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bandar yg menjadi pusat pemerintahan sesebuah negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AMMAN

Amman ialah ibu negara Kerajaan Hasyimiyah

Jordan dan salah satu ibu negara Arab dan Islam.

Amman ialah pusat tamadun penting di Asia Barat.

Amman pernah muncul sebagai ibu negara

Philadelphia Purba, dan juga salah sebuah bandar

kerajaan al-Anbat. Orang Arab Islam membukanya

pada tahun 635 M./13 H. Amman ditawan oleh

pelbagai puak Arab yang ingin menjadikannya

sebagai pusat arkitek yang masyhur.

UMUM 
MADRID

Madrid (pend. 2 909 792) ialah ibu negara dan

bandar raya terbesar Sepanyol. Ia terletak di atas

sebuah penara setinggi 650 meter di atas aras laut

dan merupakan salah sebuah ibu negara yang

tertinggi di Eropah. Madrid menjadi ibu negara

kerana lokasinya dari segi geografi yang

terletak di tengah Sepanyol. Untuk lokasi, lihat

Sepanyol (peta politik).

UMUM 
SUCRE

Sucre (pend. 79 941) ialah ibu negara rasmi Bolivia.

Namun begitu semua pejabat kerajaan kecuali

pejabat Mahkamah Agung, terletak di La Paz yang

menjadi ibu negara sebenar. Sucre terletak di selatan

tengah Bolivia di Banjaran Cordillera Real (Banjaran

Royal) Pergunungan Andes pada ketinggian 2728

meter. Untuk lokasi, lihat Bolivia (peta).

UMUM 
NEW DELHI

New Delhi (pend. 301 297) ialah ibu negara India.

Bandar ini terletak di tebing barat Sungai Jumna di

utara India, di pinggir Gurun Thar atau Gurun

Besar India. New Delhi terletak kira-kira lima

kilometer ke selatan Delhi, iaitu bekas ibu negara

India . Untuk lokasi, lihat India (peta politik).

UMUM 
IBU NEGARA WILAYAH PERSEKUTUAN AUSTRALIA UMUM 
DODOMA

Dodoma (pend. 45 703) ialah sebuah bandar di

pusat Tanzania. Pada tahun 1973, rakyat Tanzania

mengundi memindahkan ibu negara dari pesisir

bandar Dar es Salam ke Dodoma. Perpindahan

ini dirancang selesai pada tahun 1990-an.

Dodoma dipilih sebagai pusat bagi ibu negara

baharu khusus disebabkan kedudukannya yang

di tengah-tengah Tanzania. Untuk lokasi, lihat

Tanzania (peta).

UMUM 
SÃO TOMÉ

São Tomé (pend. 34 997) ialah ibu negara dan

bandar terbesar di São Tomé dan Principe, sebuah

negara pulau di barat tanah luar Afrika. Bandar ini

terletak di timur laut pinggir pantai Pulau São Tomé.

Untuk lokasi, lihat S ã o Tomé dan Príncipe (peta).

Bandar São Tomé menjadi pusat perdagangan dan

perkapalan untuk hasil ladang São Tomé dan

Principe. Satu-satunya lapangan terbang di São Tomé

iaitu terletak berhampiran dengan ibu negara. Orang

Portugis menemui Pulau São Tomé pada tahun 1470

dan mengasaskan bandar itu kira-kira pada tahun

1500.

UMUM 
MOSCOW

Moscow ialah ibu negara Rusia dan salah sebuah

bandar raya yang terbesar di dunia. Lebih daripada

8 1∕10 juta orang tinggal di Moscow. Sebagai

perbandingan jumlah penduduk Moscow dengan

bandar raya yang lain, lihat Bandar raya (jadual).

UMUM 
MINSK

Minsk (pen. 1 442 000) ialah ibu negara Belarus.

Pada tahun 1991, Minsk menjadi ibu pejabat

Komanwel Negara-negara Merdeka, iaitu sebuah

persekutuan negara-negara yang dahulunya

dikenali sebagai bekas republik Kesatuan Soviet.

Minsk terletak di tebing Sungai Svisloch. Untuk

lokasinya, lihat Belarus (peta).

UMUM 
OTTAWA

Ottawa , Ontario ialah ibu negara Kanada. Ottawa

terletak di kawasan berbukit yang beralun di

tebing selatan Sungai Ottawa, kira-kira 193

kilometer di barat Montreal. Taman yang menarik,

bangunan kerajaan yang mengagumkan, dan jalan

raya yang mempunyai pemandangan yang cantik

menambahkan lagi keindahan bandar ini.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas