Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pejabat besar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : pusat pen­tad­biran (kerajaan, perusahaan, pertubuhan, dll); 2. Id jabatan; 3. Id pegawai kerajaan yg me­megang jawatan penting, pemegang jawatan, penjabat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MINSK

Minsk (pen. 1 442 000) ialah ibu negara Belarus.

Pada tahun 1991, Minsk menjadi ibu pejabat

Komanwel Negara-negara Merdeka, iaitu sebuah

persekutuan negara-negara yang dahulunya

dikenali sebagai bekas republik Kesatuan Soviet.

Minsk terletak di tebing Sungai Svisloch. Untuk

lokasinya, lihat Belarus (peta).

UMUM 
DEARBORN

Dearborn (pend. 89 286) ialah pusat pembuatan

yang terletak berhampiran Detroit Michigan,

iaitu dari kawasan Tasik-tasik Besar bahagian

Amerika Syarikat. Ibu pejabat dan tapak utama

kilang Ford Motor Company terletak di bandar ini.

UMUM 
SCAPA FLOW

Scapa Flow ialah lembangan laut yang dikelilingi

oleh Kepulauan Orkney, di utara Scotland.

Panjangnya ialah 24 kilometer dan lebarnya 13

kilometer. Scapa Flow menjadi ibu pejabat

skuadron Armada Utama British semasa Perang

Dunia I. Pada 21 Jun 1919, tentera laut Jerman yang

kalah membocorkan dan menenggelamkan kapal

yang masih berada di lembangan itu. Ketika Perang

Dunia II, kapal selam Jerman menenggelamkan

kapal perang British, Royal Oak , semasa

melabuhkan sauhnya di Scapa Flow. Pada tahun

1970-an dan tahun 1980-an, Scapa Flow menjadi

terminal penting untuk saluran paip minyak dari

Laut Utara.

Lihat juga Orkney.

UMUM 
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu

(PBB) ialah pertubuhan yang berperanan ke arah

perdamaian dan keselamatan dunia serta kebaikan

manusia. Hampir kesemua negara merdeka di

dunia menjadi anggota PBB. Setiap negara anggota

menghantar wakilnya ke ibu pejabat PBB di New

York City dan di sana mereka membincangkan dan

mencuba menyelesaikan masalah.

UMUM 
PERMODALAN NASIONAL BERHAD

Permodalan Nasional Berhad, institusi

pelaburan saham amanah yang terbesar di

Malaysia . PNB ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia

pada 17 Mac 1978 di bawah Akta Syarikat. Modal

sebenar PNB berjumlah RM200 juta, manakala

modal berbayar sebanyak RM100 juta. Ibu pejabat

PNB terletak di Menara PNB, Jalan Tun Razak,

Kuala Lumpur . Penubuhan PNB bertujuan untuk

melaksanakan matlamat Dasar Ekonomi Baru

(DEB) dari segi penyusunan semula masyarakat

dengan meningkatkan pegangan ekuiti

bumiputera dalam sektor korporat dan

membasmi kemiskinan. PNB merupakan anak

syarikat Yayasan Pelaburan Bumiputera (YPB).

UMUM 
NEW YORK CITY

New York City (pend. 7 322 564), bandar raya

terbesar di Amerika Syarikat mengikut bilangan

penduduk (lihat Bandar raya ). New York City

merupakan salah satu daripada pusat perniagaan,

kebudayaan, dan perdagangan yang terpenting di

dunia. Ia juga menempatkan ibu pejabat

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Sering

kali, yang berlaku di New York City memberi

kesan kepada seluruh Amerika Syarikat dan dunia.

UMUM 
BUKIT AMAN

BUKIT AMAN, kompleks Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia.  Segala dasar, arahan, dan perintah untuk seluruh pasukan polis digubal dan dikeluarkan dari Bukit Aman. Di sini juga terletak Pusat Kawalan Negara (Malaysia Control Centre) yang disifatkan sebagai nadi negara.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI

JABATAN HAL EHWAL ORANG ASLI, agensi kerajaan yang ditubuhkan khas untuk mentadbir masyarakat Orang Asli. Jabatan ini juga disebut dengan nama JHEOA. Selain itu, jabatan ini dikenal sebagai Jabatan Orang Asli (JOA). Ibu pejabat jabatan ini di Kuala Lumpur dan terdapat enam buah cawangan jabatan di seluruh negara iaitu cawangan Perak/Kedah, Selangor/Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan/Melaka, Johor, Pahang/Terengganu dan Kelantan.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
KOMANWEL NEGARA-NEGARA MERDEKA

Komanwel Negara-negara Merdeka ialah

pertubuhan negara-negara bebas yang dahulunya

merupakan republik Kesatuan Soviet. Negara

anggotanya terdiri daripada Armenia, Azerbaijan,

Belarus, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova,

Rusia, Tajikistan, Turkmenistan, Ukraine dan

Uzbekistan. Ibu pejabat komanwel ini ialah Minsk,

di Belarus.

UMUM 
PERSEKUTUAN PERSETIAAN MELAYU KELANTAN

PERSEKUTUAN PERSETIAAN MELAYU KELANTAN, pertubuhan orang Melayu Kelantan yang memperjuangkan hak orang Melayu.  Pertubuhan ini telah dikenal sebagai Persetiaan Melayu dan ditubuhkan pada 9 Februari 1940.  Ibu pejabat pertubuhan ini terletak di Opis Panjang, Jalan Sultanah Zainab, Kota Baharu.  Keahliannya dibuka kepada anak Melayu jati Kelantan sahaja.  Presidennya yang pertama ialah Tengku Mahmud bin Muhammad.  Pertubuhan ini diasaskan bersama-sama 34 orang ahli yang diberi taraf sebagai jawatankuasa kehormat (walaupun tidak memegang sebarang jawatan) dan keahlian mereka adalah seumur hidup.  Persetiaan Melayu mempunyai cawangan di setiap jajahan di Kelantan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
12

Kembali ke atas