Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : adik perempuan atau kakak kepada ibu (bapa) kita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : adik perempuan atau kakak kpd ibu (bapa) kita. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,

Peribahasa

Kasih saudara sama ada,
     kasih bapa menokok harta,
kasih ibu sama rata,
     kasih sahabat sama binasa.

Bermaksud :

Kasih yang sama beradalah kasih yang sempurna, sebab biar bagaimanapun kasih seseorang itu akan kawannya namun kerana harta akan bercerai juga akhirnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الخالal-khalAgama IslamFiqhBapa saudara sebelah ibu
الخالةal-khālaṯAgama IslamFiqhEmak saudara sebelah ibu
بنت الخالةbintu khālaṯAgama IslamFiqhAnak perempuan emak saudara sebelah ibu.
إبن الخالibnu khalAgama IslamFiqhAnak lelaki bapa saudara sebelah ibu.
إبن الخالةibnu khalaṯAgama IslamFiqhAnak lelaki emak saudara sebelah ibu.
الأخ من الرضاعsaudara lelaki sesusuAgama IslamFiqhSaudara lelaki yang sama-sama menyusu pada seorang ibu.
الإخت من الرضاغsaudara perempuan sesusuAgama IslamFiqhSaudara perempuan yang sama-sama menyusu pada seorang ibu.
extended familykeluarga luasKejururawatanTiadaAhli keluarga yang terdiri daripada dua atau lebih generasi yang tinggal sebumbung. Contohnya, datuk, nenek, ibu bapa dan saudara-mara.
full sibsaudara sekandungPenternakanGenetik dan PembiakbakaanHaiwan jantan atau betina yang terhasil daripada ibu bapa yang sama.
Oedipus complexkompleks OedipusKesusasteraanTiadaNafsu seks seseorang anak lelaki terhadap ibu kandungnya. Istilah ini dipinjam daripada bidang psikiatri. Kajian yang dilakukan oleh Sigmund Freud mendapati anak lelaki yang mencapai usia antara tiga hingga enam tahun akan memasuki satu fasa, iaitu dia mempunyai nafsu seks terhadap ibunya. Perasaan ini timbul kesan daripada rasa persamaan atau identifikasi anak dengan ibunya yang mengakibatkan anak itu berasa cemburu dan benci terhadap bapanya. Si anak mula menganggap bapanya sebagai lawan bagi merebut perhatian dan kasih sayang ibu. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Oedipus dalam drama Oedipus Rex yang menceritakan bagaimana Oedipus membunuh ayahnya dan mengahwini ibunya. Dalam budaya Nusantara, konsep ini sudah ada sejak dahulu seperti yang terakam dalam mitos Sunda bertajuk Sangkuriang. Mitos ini diterapkan dalam karya Ajip rosidi yang juga berjudul Sangkuriang. Hal yang sama turut dirasai anak perempuan apabila mempunyai nafsu seks terhadap bapanya, dan situasi ini disebut kompleks Electra. Istilah ini mendapat namanya daripada watak Electra dalam drama Oedipus yang menceritakan bagaimana Electra menghasut saudara lelakinya untuk membunuh ibu mereka sendiri sebagai balasan dendam atas pembunuhan bapa mereka. Pengaruh kedua-dua kompleks ini masih ditemui dalam sastera moden Barat seperti dalam karya Eugene O� Neill dan Tennessee Williams.

Kembali ke atas