Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : wanita bergelar ibu yg membesarkan serta mendidik anaknya seorang diri tanpa kehadiran suami kerana perceraian, kematian dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ibu (kata nama)
1. Bersinonim dengan emak: bonda, ibu suri, ibunda, umi, mak, encik, mama, mami, induk, indung, ina, ibung, uai, embok, bok, indu, mandeh ibu tiri, emak tiri, ibu angkat, emak angkat,
Berantonim dengan bapa

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan induk, inti, pokok,

Kata Terbitan : keibuan,

Puisi
 

Burung merpati bertelur tunggal,
     Menetas anak turun ke paya;
Ibu mati bapa pun meninggal,
     Di manalah tempat kami nak bermanja.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, antara berikut, yang manakah lebih tepat? 1. 'Persatuan Ibu Tunggal' atau Persatuan Ibu-ibu Tunggal'. 2. 'Rumah Anak Yatim Sentosa' atau Rumah Anak-anak Yatim Sentosa' Tujuan saya bertanyakan soalan ini adalah kerana 'persatuan' dan 'rumah' sudah menjadi satu entiti yang menyeluruh (merangkumi banyak dan besar serta sudah pastinya mengandungi lebih daripada 1orang, 1benda dan sebagainya). Jadi, mengapakah perkataan selepas itu perlu digandakan (jika jawapan yang betul memerlukan kata ganda)?Sekian, terima kasih.Frasa yang tepat ialah "Persatuan Ibu Tunggal" dan "Rumah Anak Yatim Sentosa".Tatabahasa08.07.2013
Mohon semakan ayat berikut pada poster: " Kempen Menaja Keluarga Asnaf Miskin Bandar, Anak Yatim Serta Ibu Tunggal Berbuka Puasa & Barang Dapur"Ayat yang betul ialah Kempen menaja keluarga asnaf miskin bandar, anak yatim serta ibu tunggal berbuka puasa dan bantuan barangan dapur.Tatabahasa22.05.2017
Tuan, Saya tidak pasti kesalahan ayat berikut: "Persatuan Wanita itu ditubuhkan atas kesedaran TERHADAP memperjuangkan nasib ibu tunggal di negara ini." Nasihat tuan amatlah dihargai. Sekian, terima kasih.Ayat yang betul ialah "Persatuan wanita itu ditubuhkan atas kesedaran untuk memperjuangkan nasib ibu tunggal di negara ini".Tatabahasa08.11.2014
Apakah panggilan nama yang sesuai untuk ibu tunggal atau perempuan yang bercerai tetapi mempunyai anak? adakah cik atau puan ataupun ada panggilan khas?Sapaan yang digunakan ialah puan.Lain-lain17.11.2008
Salam Admin, Boleh mohon tolong check translation saya dari BI ke BM seperti butir di bawah:- 1. Enabling the differently-abled/Mengupayakan Orang Kelainan Upaya 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasa Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat@Memupuk Potensi 4. Preserving cultures and legacies/Memelihara budaya dan warisan 5. Environmental conservation/ Memulihara Alam Sekitar 6. Gift of Sight/ Memberi peluang/harapan untuk melihat 7. Sharing knowledge beyond borders/Berkongsi pengetahuan melangkaui sempadan 8. Equipping Youth with Money Management Skills/Melengkapkan Belia dengan Kemahiran Pengurusan Kewangan 9. Celebrating diversity/Meraikan Kepelbagaian 10. Feeding the needy/Membantu golongan yang memerlukan Terima Kasih atas pertolongan En/Pn.Cadangan terjemahan dalam bahasa Melayu yang diberikan boleh diterima kecuali sedikit pembetulan untuk no. 2, 3 dan 6 seperti yang berikut: 2. Empowering Single Mothers/ Memperkasakan Ibu Tunggal 3. Nurturing Potential/ Mengasah Bakat atau Memupuk Potensi 6. Gift of Sight/ Memberikan peluang/harapan untuk melihat Sekian. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan13.11.2017
Salam sejahtera. 1. Ibu memotong sayur dengan pisau. 2. Ibu memotong sayur dengan menggunakan pisau. Ada pihak yg berpandangan ayat 1 ialah ayat tunggal dan fungsi " dengan" dlm ayat 2 menjadikannya ayat majmuk. Mohon pandangan tuan. Terima kasih.Ayat 1 "Ibu memotong sayur dengan pisau" merupakan ayat yang gramatis dan betul. Menurut buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi nama "dengan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa maksud memakai atau menggunakan, iaitu sebagai alat. Oleh itu, perkataan "menggunakan" tidak perlu ditulis kerana perkataan ini akan membawa kelewahan dalam ayat.

Ayat "Ibu memotong sayur dengan pisau" merupakan ayat tunggal yang terdiri daripada subjek (Ibu) dan predikat (memotong sayur dengan pisau). "Memotong" ialah kata kerja, "sayur" ialah objek dan "dengan pisau" ialah keterangan.

Ayat ini bukanlah ayat majmuk kerana ayat majmuk ialah ayat yang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cata tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu.
Tatabahasa23.04.2018
Gabungkan ayat tunggal (a) dan (b) menjadi ayat majmuk. a)Ibu marah adik. b)Adik bermain di tepi longkang. Ayat majmuk: 1)Ibu marah adik kerana adik bermain di tepi longkang. 2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. 3)Ibu marah adik kerana dia bermain di tepi longkang. ~Tuan,ayat majmuk 1,2 atau 3 yang betul?Tolong berikan penjelasan.Terima kasih.Ayat majmuk yang tepat ialah  2)Ibu marah adik kerana bermain di tepi longkang. Perkataan "adik"  tidak perlu diulang sebanyak dua kali dalam teks. Begitu juga perkataan "dia" bagi menggantikan "adik".Tatabahasa28.03.2015
Ibu beli baju yang cantik. Ayat ini ada ayat tunggal atau ayat majmuk? Dan mengapa ayat tersebu adalah ayat tunggal/ayat majmuk?

Ayat yang dinyatakan merupakan ayat majmuk. Ayat majmuk ialah ayaty ang dibina dengan mencantumkan dua ayat tunggal atau lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga menjadikannya ayat baharu. 

a) Ibu beli baju yang cantik (Ayat majmuk pancangan relatif yang)
Ayat pertama : Ibu beli baju
Ayat Kedua : Baju yang cantik.
Penggunaan kata hubung yang menunjukkan ayat tersebut ayat majmuk pancangan.

Tatabahasa10.10.2018
Soalan 1 mengenai ayat tunggal pola FN + FN, manakah betul? a) Ibu negeri Perak Ipoh atau b) Ipoh ibu negeri Perak. Soalan 2 mengenai kata nama am / khas - a) Kami murid tahun satu atau b) Kami murid Tahun Satu

1) Ibu negeri Perak Ipoh atau Ipoh ibu negeri Perak. Kedua-dua ayat itu butul dan menepati pola FN + FN.

2) Kami murid tahun satu - tahun satu ialah kata nama am.

3) Kami murid Tahun Satu Gemilang - Tahun Satu Gemilang ialah kata nama khas.

Tatabahasa12.07.2011
Gabungkan ayat-ayat tunggal menjadi ayat majmuk. 1)Ayesha berjoging pada waktu pagi. Ayesha berjoging pada waktu petang.(atau) Jawapan: 2)Ibu minum teh di rumah. Ibu minum teh di kafe.(atau) Jawapan:1) Ayesha berjoging pada waktu pagi dan petang. 
2) Ibu minum teh di rumah dan di kafe.
Tatabahasa04.04.2013
123

Kembali ke atas