Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl hantaran oleh seorang laki-laki kpd perempuan sbg tanda mengikat tali percintaan; ~ gelap pemberian tanda percintaan dgn tidak bercadang hendak berkahwin (utk berkendak); ~ terang pemberian tanda percintaan dgn maksud hendak berkahwin; mengidah menyatakan percintaan dgn jalan memberi idah; mengidahkan memberikan sesuatu sbg tanda percintaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar masa yg wajib dinanti oleh seseorang perempuan utk membolehkannya berkahwin lagi dgn lelaki lain (tiga kali suci haid bagi perempuan yg bercerai ketika suci drpd haid, setelah melahirkan anak bagi perempuan yg mengandung dan tiga bulan bagi perempuan yg putus haid kerana tua atau yg belum keluar haid kerana masih kecil): setelah lepas ~nya, perempuan itu pun berkahwin dgn seorang guru sekolah; sampai ~ telah lepas masa menanti (boleh berkahwin lagi); beridah menjalani idah: perempuan yg diceraikan itu wajiblah ~ selama tiga kali suci. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : waktu terlarang berkahwin lain bagi seseorang janda atau balu (biasanya tiga kali suci drpd haid bagi janda, empat bulan sepuluh hari bagi balu, dan bagi janda atau balu yg sedang mengandung, sehingga ia bersalin). sampai ~ telah habis tempoh idahnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata idah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-MA'IDAH

Surah al-Ma’idah ialah salah satu daripada

surah Madaniyyah, surah yang kelima mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

120 ayat. Surah ini dinamakan al-Ma’idah (hidangan)

berdasarkan perkataan itu yang disebut di

dalamnya. Surah al-Ma’idah menceritakan tuntutan

golongan Hawari kepada Nabi Isa a.s. sebagai bukti

kebenaran kenabiannya. Penyempurnaan tuntutan

itu menjadi hiburan bagi mereka. Kisah al-Ma’idah

ini sangat mengagumkan dan terkandung di dalam

banyak ayat al-Qur’an dengan gambaran yang halus

daripada Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Besar.

UMUM 
SA‘D IBN ‘UBADAH

Sa‘d ibn ‘Ubadah ( ? –14 H. / ?–635 M.) ialah salah

seorang sahabat dari golongan Ansar Bani Sa’idah,

berasal daripada al-Khazraj, sebuah bandar di antara

Yathrib–Taibah. Dia salah seorang pemimpin pada

zaman Jahiliyah dan juga Islam. Dia digelar sebagai

al-Kamil kerana pengetahuannya dalam bidang

penulisan, memanah dan berenang. Dia memeluk

Islam di tangan seorang sahabat Mus‘ab ibn ‘Umayr

r.a., di rumah As‘ad ibn Zurarah dan telah menyertai

perjanjian ‘Aqabah Kedua. Sa‘ad ibn ‘Ubadah telah

memberi pengakuan taat setia kepada Rasulullah

s.a.w. tanpa pengetahuan orang kafir, dan dia dipilih

salah seorang daripada 12 orang ketua.

UMUM 

Kembali ke atas