Apakah maksud sumbangsaran | Ejaan yang betul ialah "sumbang saran". Sumbang saran bermaksud perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dan sebagainya.
| Makna | 05.08.2016 |
namun, pengumpulan jauh sekali penyatuan pola-pola argumentasi mereka mengenai barat masih terdapat jauh sekali usaha menyatukan pandangan-pandangan mereka untuk dimajukan penganalisaan ilmiah kemudiannya terhadap idea-idea mereka. | Sila kemukakan soalan puan kerana apa yang dikemukakan tidak jelas. | Lain-lain | 24.01.2017 |
Golongan remaja selalu dikaitkan dengan sikap yang tidak bersungguh-sungguh untuk memajukan diri,mementingkan kebendaan,tidak mahu mengembangkan ilmu pengetahuan malah berfikiran cetek.Sejauhmanakah kebenarannya??Berikan pendapat anda. Bagaimanakah jawab soalan ini?? | Bagi menjawab soalan tersebut, tuan dikehendaki menghuraikan idea-idea yang dinyatakan dengan menyertakan bukti dan contoh. Tuan perlu menegaskan kebenaran idea tersebut dengan memberikan pendapat atau idea yang lain. | Lain-lain | 25.10.2013 |
apakah defini konseptual dan operasional | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ke-4, konséptual berkaitan dgn (mengenai) konsep, berasaskan konsep: para penonton juga dapat mengkaji persamaan dan perbezaan dlm idea-idea ~ serta gaya olahannya. manakala operasioanl 1. berkaitan dgn operasi: strategi dan program yg ~; 2. berkeadaan baik dan sedia utk digunakan. | Makna | 10.01.2008 |
Assalamualaikum. Pertanyaan saya. 1.Bagaimana ingin menyumbang karya atau penulisan kearah mana perlu dituju. 2. bagaimana Panduan penulisan yang baik 3. adakah dengan berkarya boleh menambahkan pendapatan saya. bagaimana? 4. saya bukanlah seorang mahir untuk berkarya cuma ada idea-idea kecil untuk sumbangan kearah kebaikkan. | Terima kasih atas pertanyaan Sdr. Sdr boleh menghantar karya Sdr kepada: Pengarah Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KUALA LUMPUR. Sila sertakan maklumat tentang diri Sdr untuk memudahkan pihak kami menghubungi Sdr semula. Sdr boleh merujuk buku-buku yang diterbitkan untuk mendapatkan maklumat panduan penulisan yang baik. Perkara ini bergantung pada bidang penulisan, peringkat pembaca, jenis penulisan dan sebagainya. Bergantung pada bahan tulisan Sdr. dari segi mutu penulisan, sasaran pembaca, persembahan dan pendekatan, dan pelbagai faktor lagi. Mudah-mudahan Sdr berjaya.
| Lain-lain | 19.04.2011 |
Bagi buku teks BM Tahun 3 SJKC, didapati permulaan setiap perenggan pertama suatu petikan tidak dijarakkan sedikit tetapi permulaan perenggan kedua dan berikutnyanya dijarakan pula. Adakah ini format baharu untuk petikan atau karangan? | Perenggan pertama ialah perenggan konsep, mengandungi ayat tesis atau idea utama kepada subidea. Perenggan konsep (perenggan pertama) mesti santak kiri untuk membezakannya dengan perenggan fizikal, iaitu idea-idea sokongan kepada idea utama. | Lain-lain | 02.10.2006 |
Salam,Puan.Bolehkah Puan memeperkenalkan laman web beberapa dalam pengeluaran idea dan perkongsian idea? | Salam sejahtera. Rujukan Pautan Perkhidmatan dan Produk Dewan Bahasa dan Pustaka Maklumat mengenai kegiatan atau program DBP boleh diperoleh daripada: Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 5. Cadangan beberapa pautan DBP yang boleh dijadikan rujukan: a. Maklumat umum tentang kegiatan DBP: http://lamanweb.dbp.gov.my/ b. Pelantar digital yang mengandungi Sohor Kini, Majalah (e-majalah DBP), E-Buku (PDF Koleksi Nadir, E-PUB dan i-Buku DBP), Pemasaran (medium jualan buku DBP secara maya) dan TV/Radio Digital DBP: https://jendeladbp.my/ c. Rujukan carian perkataan dalam bahasa melayu: https://prpm.dbp.gov.my/ d. Kursus atau bengkel anjuran DBP: http://akademi.dbp.my/wordpress/ e. Carian buku rujukan dalam Pusat Dokumentasi Melayu: http://pustakav2.dbp.gov.my/ f. Carian buku terbaru terbitan DBP: https://dbpniaga.my/ Sekian terima kasih. | Lain-lain | 22.07.2021 |
---- dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang. A Penilaian diri B Refleksi diri C Sumbang saran. Saya NANDHANA ingin mohon penjelasan. | Untuk makluman, maksud ketiga-tiga perkataan tersebut ialah: Penilaian diri = perbuatan atau hal menilai Refleksi diri = Gambaran diri Sumbang saran = Perbincangan intensif untuk menyelesaikan masalah tertentu, mendapatkan idea-idea baru, dan sebagainya Sehubungan dengan itu perkataan yang paling tepat digunakan ialah "penilaian diri". Ayat lengkap, Penilaian diri dapat mengesan kekuatan dan kelemahan diri seseorang | Lain-lain | 17.10.2015 |
Salam hormat, Soalan saya, Mana lebih tepat penggunaan perkataan "menjana idea' dalam penulisan karangan atau 'menjanakan idea' dalam penulisan karangan? Terima kasih. | Penggunaan yang betul ialah "menjana idea". | Tatabahasa | 20.01.2022 |
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN GAYA BAHASA PERTAUTAN?? | Gaya bahasa pertautan merujuk bahasa yang digunakan untuk menunjukkan pertautan satu idea dengan satu idea yang lain bagi memperkukuh sesuatu wacana. Sila rujuk buku-buku yang ada di pasaran tentang perkara ini. | Tatabahasa | 28.02.2009 |