Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.gau] | ايݢاو

Definisi : ; mengigau 1. bercakap pd masa tidur, meracau (semasa sedang tidur): Min, kau ~ nak, mengucaplah; 2. bercakap yg tidak tentu hujung pangkalnya, meracau; 3. bercakap yg bukan-bukan, merepek; mengigaukan memimpikan sesuatu, mengigau dgn menyebut sesuatu: entah apa yg diigaukannya semalam; terigau-igau termimpi-mimpi: kecantikan dan kehalusan budi gadis itulah yg menyebabkan ramai pemuda kampung itu ~ kepadanya; igauan 1. apa yg disebut pd waktu mengigau: tiba-tiba dia terdengar pula rintihan dan ~ isterinya; 2. cakap yg bukan-bukan; igau-igauan dlm keadaan mengigau, sudah bangun tidur tetapi masih lagi mengantuk; pengigau (orang yg) selalu mengigau. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.gau] | ايݢاو

Definisi : Mn huru-hara, gempar, kekacauan; terigau terkejut oleh sesuatu; igau-igauan riuh-rendah, heboh kerana ramai orang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.gau] | ايݢاو

Definisi : ; mengigau 1 berkata-kata ketika sedang tidur; meracau: Sejak ibunya meninggal dunia, Amin sering ~ dlm tidurnya. 2 bercakap ttg sesuatu yg tidak tentu hujung pangkalnya; merepek. igauan 1 sesuatu yg diucapkan ketika mengigau. 2 perkataan atau cakap yg bukan-bukan; impian. pengigau (orang yg) selalu mengigau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
igau
Kata Terbitan : mengigau, terigau-igau, igauan,

Puisi
 

Sehari bulan rajanya harimau,
     Harimau tidur di rimba jati;
Semakin hati bertambah igau,
     Tuan seorang di mata hati.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Igau dan ImpiAzami ArshadBerita Minggu12.08.2007
Igau Seorang PelupaHashim IshakUtusan Zaman10.11.1991
Igau BelalangRahilah AbdullahBerita Minggu10.04.1988
Igau BelalangRahilah AbdullahBerita Minggu10.04.1988
IgauSazalee YacobBerita Minggu (Sastera dan Budaya)05.11.2000
Dilema Sebuah IgauSallehuddin Hj. MangalaSabah Times18.06.1991
Berakhirlah Sebuah IgauSinin SarbiniHarian Ekspres01.10.1986

Kembali ke atas