Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ih.ram] | احرام

Definisi : Ar 1. keadaan seseorang yg telah berniat mengerjakan haji atau umrah (atau kedua-duanya sekali) yg pd ketika itu diharamkan baginya melakukan perbuatan tertentu spt memakai pakaian berjahit dan bau-bauan, menutup kepala (bagi lelaki) dan menutup muka (bagi perempuan), dan bersetubuh; 2. pakaian ihram: selepas memakai ~ di maktab, jemaah berkenaan terus ke Masjid al-Haram; pakaian ~ pakaian khusus yg digunakan pd masa mengerjakan haji dan umrah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ih.ram] | احرام

Definisi : tempoh larangan drpd melakukan perkara-perkara tertentu, spt memakai pakaian berjahit (bagi lelaki), memotong kuku, berburu dsb ketika mengerjakan ibadat haji atau umrah. pakaian ~ pakaian drpd kain putih yg tidak berjahit (utk lelaki) dan dipakai ketika dlm ihram semasa mengerjakan haji atau umrah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ihram


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IHRAM

Ihram, mengisytiharkan sesuatu menjadi haram atau mengharamkan sesuatu.

AGAMAKonsep
TAHALULPerbuatan membebaskan diri daripada segala perbuatan yang dilarang semasa dalam ihram, agar kembali mejdai halal.AGAMAKonsep
MIQAT

Miqat, penentuan waktu dan tempat untuk berniat ihram haji dan umrah.

AGAMAKonsep

Kembali ke atas