Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ja.zah] | اجازه

Definisi : 1. sl izin, kebenaran; memohon ~ memohon izin (utk membuat sesuatu); 2. surat akuan yg diberikan oleh universiti sbg tanda tamat belajar dan telah lulus dlm peperiksaan: pd tahun ini, istiadat menyampaikan ~ akan diadakan di bangunan Parlimen; ~ am kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sekadar lulus sahaja; ~ kepujian kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sangat baik atau cemerlang; berijazah mempunyai (mendapat) ijazah: di tanah air kita sekarang, sudah banyak bilangan orang yg ~ tinggi; pengijazahan penganugerahan atau pemberian ijazah: UPM akan memberi kredit ~ kpd beberapa aktiviti kokurikulum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ja.zah] | اجازه

Definisi : 1 surat akuan sbg tanda lulus atau tanda tamat belajar dr sesebuah universiti: Tidak lama lagi, dia akan pulang membawa ~ PhD dr London. 2 kebenaran utk melakukan sesuatu; izin. berijazah mempunyai ijazah; sudah mendapat ijazah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ijazah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan ijazah Sarjana Muda, ijazah Sarjana, ijazah Kedoktoran Falsafah, diploma, sijil.,


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ijazah dan Susah Payah AyahSyaidul Azam KamarudinTunas Cipta1 September 2006
Ijazah saja belum cukup!Abdul AhmadDewan Masyarakat15 July 1974
Ijazah sarjana muda sastera kelas satu untuk penyair muda yang pemaluTiadaDewan Sastera15 April 1978
Segulung Ijazah Di Pusara BondaNur HakimiWanita1 July 2003
Anugerah Ijazah Kehormat Doktor Persuratan kapada R. RamaniMasram Mohd. SomDewan Masyarakat15 July 1969
Kurikulum rancangan ijazah bahasa MelayuRaja Mukhtaruddin Raja Mohd. DainDewan Bahasa1 April 1981
Istia'adat menyampaikan ijazah Universiti MalayaIsmail MuhammadDewan Masyarakat15 July 1964
Menulis kerana segulung ijazahSarah SadonDewan Sastera1 January 1991
Berapakah nilai segulung ijazah?Zuraidah Mohd. SanusiDewan Ekonomi1 July 1996
Isu GMC dan pengiktirafan ijazah perubatan UMAwang SariyanPelita Bahasa1 August 1989
12

Kembali ke atas