Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ja.zah] | اجازه

Definisi : 1. sl izin, kebenaran; memohon ~ memohon izin (utk membuat sesuatu); 2. surat akuan yg diberikan oleh universiti sbg tanda tamat belajar dan telah lulus dlm peperiksaan: pd tahun ini, istiadat menyampaikan ~ akan diadakan di bangunan Parlimen; ~ am kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sekadar lulus sahaja; ~ kepujian kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sangat baik atau cemerlang; berijazah mempunyai (mendapat) ijazah: di tanah air kita sekarang, sudah banyak bilangan orang yg ~ tinggi; pengijazahan penganugerahan atau pemberian ijazah: UPM akan memberi kredit ~ kpd beberapa aktiviti kokurikulum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ja.zah] | اجازه

Definisi : 1 surat akuan sbg tanda lulus atau tanda tamat belajar dr sesebuah universiti: Tidak lama lagi, dia akan pulang membawa ~ PhD dr London. 2 kebenaran utk melakukan sesuatu; izin. berijazah mempunyai ijazah; sudah mendapat ijazah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ijazah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan ijazah Sarjana Muda, ijazah Sarjana, ijazah Kedoktoran Falsafah, diploma, sijil.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IJAZAH UNIVERSITI DAN KOLEJ UMUM 
IJAZAH SARJANA MUDA UMUM 
SEMINARI

Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi

dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan

keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi

atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah

institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada

amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan

tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai

juga yang mempelajari mata pelajaran amali,

seperti psikologi pastoral, pendidikan agama,

ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa

negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan,

seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah

kumpulan keagamaan pula menganugerahkan

diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah.

UMUM 
ASAD, NASIR AL-DIN AL-

Asad, Nasir al-Din al- (1923– ), sasterawan,

sarjana, pengkaji, ahli politik dan pendidik yang

berpengalaman. Dia lahir di bandar al-‘Aqabah,

Jordan. Dia menyambung pelajarannya di Fakulti

Bahasa Arab di al-Quds lalu memperoleh Ijazah

kelas dua dan Diploma Pendidikan pada tahun 1943.

Kemudian, dia memperoleh Ijazah Sarjana Muda

dengan kepujian dalam bidang sastera pada tahun

1947, Ijazah Sarjana pada tahun 1951, dan pada

tahun 1955, doktor falsafah daripada Universiti al-

Azhar.

UMUM 
TAN AIK HUANG

Tan Aik Huang, pemain badminton Malaysia.

Dia lahir pada 14 Februari 1946 dan merupakan

pemegang ijazah Sarjana Muda Fizik dari Universiti

Malaya.

UMUM 
ANIS SABIRIN

ANIS SABIRIN, (1936 -       ), penulis.  Dia lahir pada 1 Mac 1936 di Johor Bahru, Johor.  Anis mendapat pendidikan asas di Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di University of Malaya, Singapura.  Pada tahun 1959, dia lulus ijazah Sarjana Muda Sastera dengan kepujian.  Anis memperoleh ijazah Sarjana dalam bidang sains politik, ijazah Sarjana dalam bidang ekonomi dan ijazah Doktor Falsafah dalam bidang ekonomi dari Claremont Graduate School, Amerika Syarikat pada tahun 1976.  Anis pernah bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai pegawai penyelidik setelah tamat pengajian dari University of Malaya, Singapura, hingga tahun 1967.  Anis berhijrah ke Amerika Syarikat apabila menerima tawaran biasiswa Fullbright pada tahun 1967.

SASTERAKonsep
OFTALMOLOGI

Oftalmologi ialah bidang perubatan yang

melibatkan diagnosis dan rawatan penyakit mata.

Ahli oftalmologi , kadangkala dinamakan okulis ,

mesti mempunyai ijazah perubatan dan latihan

khusus selama tiga hingga lima tahun di hospital.

UMUM 
SYED HUSSEIN ALATAS

SYED HUSSEIN ALATAS (1928-2007), ahli akademik dan pemikir intelektual. Beliau lahir pada 17 September 1928 di Bogor, Indonesia. Beliau menerima pendidikan awal di English College, Johor Bahru. Pada tahun 1948, beliau melanjutkan pengajiannya di University of Amsterdam, Belanda dan memperoleh ijazah Sarjana Muda pada tahun 1952. Pada tahun 1956, beliau mendapat ijazah Sarjana dalam bidang Sosiologi dan pada tahun 1963, beliau menerima ijazah Doktor Falsafah dari universiti yang sama. Beliau ialah anak Melayu pertama di Malaysia yang mendapat ijazah Doktor Falsafah. Dari segi penguasaan bahasa, selain boleh menulis dan membaca dalam bahasa Melayu, Inggeris, Belanda dan Sunda, beliau boleh bertutur dan membaca dalam bahasa Jerman.

BUDAYATokoh
POINCARÉ (JULES)-HENRI

Poincaré (Jules)-Henri (1854–1912), ahli falsafah

dan matematik Perancis yang menyelesaikan

pelbagai masalah berkaitan ilmu matematik dan

fizik. Dia lahir di Nancy dan memperoleh ijazah

kedoktoran dari Ecole National ‘Superieure de’

Mines, Paris, pada tahun 1879.

UMUM 
NAJIB MAHFUZ

Najib Mahfuz (1911– ) ialah penulis Arab

yang agung. Dia pernah menerima Hadiah Nobel

dalam bidang kesusasteraan pada tahun 1988. Dia

lahir di Kaherah dan mendapat Ijazah Sarjana

Muda Sastera pengkhususan dalam bidang

Falsafah dari Universiti Kaherah pada tahun 1934.

Najib Mahfuz mula bertugas di jabatan kerajaan

sehingga dilantik sebagai pengerusi Lembaga

Penapis Karya-karya Seni pada tahun 1959.

Kemudian dia dilantik sebagai Ketua Jabatan

Perfileman pada tahun 1966. Dia juga dilantik

menjadi penasihat Menteri Kebudayaan pada

tahun 1968 dan turut menjadi penulis akhbar

al-Ahram.

UMUM 
12345678910...

Kembali ke atas