Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ja.zah] | اجازه

Definisi : 1. sl izin, kebenaran; memohon ~ memohon izin (utk membuat sesuatu); 2. surat akuan yg diberikan oleh universiti sbg tanda tamat belajar dan telah lulus dlm peperiksaan: pd tahun ini, istiadat menyampaikan ~ akan diadakan di bangunan Parlimen; ~ am kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sekadar lulus sahaja; ~ kepujian kelas ijazah sarjana muda yg dianugerahkan kpd siswazah yg tahap pencapaian akademiknya sangat baik atau cemerlang; berijazah mempunyai (mendapat) ijazah: di tanah air kita sekarang, sudah banyak bilangan orang yg ~ tinggi; pengijazahan penganugerahan atau pemberian ijazah: UPM akan memberi kredit ~ kpd beberapa aktiviti kokurikulum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ja.zah] | اجازه

Definisi : 1 surat akuan sbg tanda lulus atau tanda tamat belajar dr sesebuah universiti: Tidak lama lagi, dia akan pulang membawa ~ PhD dr London. 2 kebenaran utk melakukan sesuatu; izin. berijazah mempunyai ijazah; sudah mendapat ijazah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ijazah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan ijazah Sarjana Muda, ijazah Sarjana, ijazah Kedoktoran Falsafah, diploma, sijil.,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
research degreegelar penelitianijazah penyelidikanijazah penyelidikanSosiologi
advanced degreesgelar pascasarjanaijazah lanjutanijazah lanjutanSosiologi
external degree programsprogram gelar eksternalprogram ijazah luarprogram ijazah luarSosiologi
educational credentialsijazahperakuan kelulusanperakuan kelulusanSosiologi
certification agencybadan pemberi ijazahagensi pengiktirafanagensi pengiktirafanSosiologi
diploma disease (credentials)gila ijazahgila kelulusangila kelulusanSosiologi
degreetingkat pemahaman membacaijazahdarjah; darjatPendidikan
graduate educationpendidikan pascasarjanapendidikan ijazahpendidikan siswazahPendidikan

Kembali ke atas