Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ikh.las] | اخلاص

Definisi : Ar (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ikh.las] | اخلاص

Definisi : (dgn) hati yg bersih dan jujur; suci hati; rela: Kalau hendak menolong, tolonglah dgn ~. mengikhlaskan melakukan (memberikan) sesuatu dgn ikhlas; merelakan: ~ hutangnya. keikhlasan perasaan ikhlas; kesucian hati; kejujuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhlas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan suci, jujur, rela, tulus;,
Kata Terbitan : mengikhlaskan, keikhlasan,

Puisi
 

Kain culas di atas peti,
     Ditekat jangan diberi jangan;
Sudah ikhlas dalam hati,
     Diumpat jangan dipuji jangan.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sejernih-jernih air,
     kalau melalui pembuluh yang kotor,
tentu kotor juga.

Bermaksud :

Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(2)