Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ikh.las] | اخلاص

Definisi : Ar (dgn) hati suci, tidak menipu atau tidak berpura-pura: dia menolong dgn ~, tidak mengharapkan apa-apa balasan; dgn ~ dgn suci hati; tulus ~ sangat jujur; mengikhlaskan memberikan (sesuatu) dgn ikhlas, merelakan: ~ baki hutangnya; keikhlasan kesucian hati, ketulusan: tujuannya ialah utk menduga ~ dan semangat pengorbanan rakyat negeri ini. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ikh.las] | اخلاص

Definisi : (dgn) hati yg bersih dan jujur; suci hati; rela: Kalau hendak menolong, tolonglah dgn ~. mengikhlaskan melakukan (memberikan) sesuatu dgn ikhlas; merelakan: ~ hutangnya. keikhlasan perasaan ikhlas; kesucian hati; kejujuran. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhlas (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan suci, jujur, rela, tulus;,
Kata Terbitan : mengikhlaskan, keikhlasan,

Puisi
 

Kain culas di atas peti,
     Ditekat jangan diberi jangan;
Sudah ikhlas dalam hati,
     Diumpat jangan dipuji jangan.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Sejernih-jernih air,
     kalau melalui pembuluh yang kotor,
tentu kotor juga.

Bermaksud :

Sebaik-baik usaha kalau dikerjakan dengan hati yang tidak ikhlas atau berasal daripada pokok yang tidak halal tentu akan membawa kepada kerugian.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
innocent passagelaluan ikhlasSains PolitikTiadaTiada
innocent passagelaluan ikhlasUndang-undangTiadaTiada
innocent misrepresentationsalah nyata ikhlasUndang-undangTiadaTiada
innocent overflightlintas terbang ikhlasUndang-undangTiadaTiada
freedom of innocent passagekebebasan laluan ikhlasGeografiTiadaTiada
right of innocent passagehak laluan ikhlasUndang-undangTiadaTiada
freedom of innocent passagekebebasan laluan ikhlasUndang-undangTiadaTiada
inniginnigMuzikTiada

 Gaya yang tulus ikhlas. Innig juga bermakna gaya muzik yang halus dan penuh perasaan. Contohnya, mit innigkeit yang bermaksud dengan kehalusan dan penuh perasaan.

organisational ethicsetika organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

Amalan atau budaya kerja yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi berdasarkan tatacara yang mempunyai nilai-nilai murni. Antara unsur penting dalam etika organisasi termasuklah menepati waktu, bertanggungjawab, sopan santun, berbudi bahasa, telus, ikhlas dalam menjalankan tugas, mematuhi arahan dan memelihara keselamatan dan kepentingan harta organisasi. Persekitaran organisasi biasanya memainkan peranan penting dalam membentuk etika organisasi selain daripada peraturan organisasi, sikap pihak pengurusan atasan dan bentuk kerja atau tanggungjawab kakitangan. Etika berbeza dari sebuah organisasi dengan sebuah organisasi yang lain, misalnya, terdapat organisasi yang membenarkan kakitangannya berpakaian singkat atau mendedahkan dengan hasrat menonjolkan imej moden organisasi tersebut, manakala organisasi tertentu khasnya organisasi awam mempunyai etika tersendiri yang berasaskan adat dan budaya tempatan.

shi�r ?l-m?d?shi�r ?l-m?d?KesusasteraanTiadaPuisi Arab yang mengandungi unsur pujian. Shi�r ?l-m?d? mempunyai dua bentuk. Bentuk pertama ialah puisi yang dicipta untuk mendapatkan habuan. Contohnya, dalam karya al-Nabighah al-Dhubyani penyair zaman jahiliah berjudul Mu�allaqat. Bentuk kedua ialah puisi yang dicipta secara ikhlas untuk seseorang yang disanjung tanpa mengharapkan sebarang habuan. Bentuk puisi pujian ini agak memberangsangkan pada zaman awal Islam, terutamanya karya Zuhayr ibn Abi Sulma yang menulis puisi pujian secara jujur. Contoh dalam sastera Parsi ialah syair tulisan Rundaki dan �Unsuri yang terdapat dalam Divan.
12

Kembali ke atas