Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ikh.wan] | اخوان

Definisi : Ar saudara, orang-orang yg (dianggap) bersaudara; Lim I~ Lim Adik-Beradik; seikhwan sepersaudaraan, sekaum, sebangsa; akhwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ikh.wan] | اخوان

Definisi : saudara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikhwan (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan saudara, adik-beradik.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Butik ikhwan

Pengesahan iklan tidak dapat diproses melalui KNB dan E-mel. Untuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan/puan melalui portal “DBP SAH BAHASA”, atau hadir ke kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur atau di DBP Cawangan (Sabah/ Sarawak), DBP Wilayah Selatan, DBP Wilayah Timur  dan DBP Wilayah Utara.

 

Lain-lain25.10.2018
Udin Farah Ikhwan Dinie SAT 08:09 ASSALAMMUALAIKUM W.B.T SAYA UDIN BERASAL DARI KEDAH.SAYA INGIN BERTANYA SIKIT TENTANG JAWATAN KOSONG DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA JAWATAN KOSONG TERSEBUT KEKOSONGAN DI SELURUH MALAYSIA ATAU SATU TEMPAT SAHAJA,SAYA HARAP PIHAK TUAN DAN PUAN DAPAT MEMBANTU SAYAUntuk maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Sumber Manusia DBP melalui talian 03-21479000/9001/9002.Lain-lain25.03.2017
Saya ingin membuat pertanyaan mengenai perkataan " IKHWAN RESTORAN & KATERING ". apakah betul dari segi susunan bahasanya?. Kerana ia akan digunakan untuk papan tanda sebuah restoran?Penggunaan yang betul ialah "RESTORAN DAN KATERING IKHWAN"Tatabahasa22.10.2013
Saya Niratsuda Saraseena, belajar di Universiti Fatoni kelas dasar, ingin bertanya DBP perkataan, "Ikhwan" berasal dari bahasa apa? dan apakah maknanya? serta contoh dalam ayat.Perkataan ‘ikhwan’ daripada bahasa Arab yang bermaksud saudara. Anda boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari prpm.dbp.gov.my/" target="_blank">http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".Makna22.09.2014
Bagaimanakah penggunaan perkataan "Islamis"? Adakah boleh digunakan dalam ayat bahasa Melayu? Contoh: Dataran Tahrir menjadi tempat berhimpun para penunjuk perasaan bagi golongan yang kecewa, kaum muda, kelompok Islamis termasuk Ikhwan Muslimin dan golongan minoriti Kristian Koptik.Perkataan Islami tiada dalam bahasa Melayu. Frasa kelompok Islami boleh ditukarkan menjadi kelompok beragama Islam.Tatabahasa09.07.2013
Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Centralized Biomethane Injection Station 1. Stesen Penyuntikan Biometana Berpusat 2. Stesen Penyuntikan Bio-metana Berpusat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, IkhwanCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Centralised Biomethane Injection Station ialah Stesen Suntikan Biometana Berpusat.Penyemakan dan penterjemahan13.02.2024
Kepada pihak DBP, Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Centralized Biomethane Injection Station 1. Stesen Penyuntikan Biometana Berpusat 2. Stesen Penyuntikan Bio-metana Berpusat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, IkhwanCadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Centralised Biomethane Injection Station ialah Stesen Suntikan Biometana Berpusat.Istilah13.02.2024
Harap dapat memberitahu adakah ayat-ayat tersebut betul dan penjelasannya. 1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselataman. ( mana yang tepat ) 2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. 3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. 4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. 5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. 6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. 7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi. Sekian, terima kasih.1. Orang ramai (berebut-rebut / berduyun-duyun) masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. ( mana yang tepat )
Orang ramai berebut-rebut/berasak-asak masuk ke dalam stadium sebaik sahaja pintu utama dibuka oleh pengawal keselamatan. (tepat) - dalam konteks ayat ini, situasi pintu dibuka oleh pengawal.
2.Marina terpaksa menangguhkan niatnya menyambung pelajaran kerana kesempitan wang. (Tepat)
3. Serina menamai kucingnya Putih kerana bulu kucingnya itu putih. (tepat)
4. Ikhwan dan Alif gemar betul membaca buku cerita. (TEPAT)
5. Novel yang paling tebal itu tidak terbaca oleh saya dalam tempoh dua hari. (TEPAT)
6. Mereka membincangkan lain-lain perkara dalam mesyuarat agung itu. frasa yang betul ialah perkara-perkara lain.
7. Yang muda hendaklah dinasihati dan yang tua hendaklah disayangi.(Tepat)
Tatabahasa13.08.2012
Ingin menukar bahasa dari Inggeris kepada Bahasa Melayu. Compressed Natural Gas Mother Station 1. Stesen Induk Gas Asli Termampat 2. Stesen Utama Gas Asli Termampat 3. Stesen Induk Gas Asli Mampat 4. Stesen Utama Gas Asli Mampat Yang mana satu pilihan yang paling hampir maknanya? Kerjasama pihak tuan amatlah saya hargai. Terima kasih, IkhwanPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Stesen Induk Gas Asli Termampat.Istilah18.05.2016
Assamualaikum, Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa kami akan menukar nama syarikat sejajar dengan pertukaran pengurusan. Dengan itu kami akan menukar nama Syarikat kepada Zenig Auto Sdn. Bhd. Kami telah merujuk kepada Majlis Daerah Hulu Selangor untuk pertukaran nama dan juga pertukaran logo syarikat. Bagaimanapun kami perlu mendapatkan kelulusan oleh DBP terlebih dahulu ujarnya. Oleh yang demikian dilampirkan bersama adalah logo syarikat kami untuk perhatian dan kelulusan pihak DBP. Sekian, Terima Kasih. Suriyana Binti Ikhwan 03-6028 1712.

Untuk makluman tuan, DBP tidak membuat sebarang pengesahan logo tetapi memberi perkhidmatan pengesahan bahasa Melayu pada visual papan tanda iklan. 


Permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan perlu dibuat melalui dalam talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan/kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.

Lain-lain23.09.2019

Kembali ke atas