Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[iÖ.lan]/[ik.lan] | اعلان

Definisi : pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll: syarikat-syarikat perniagaan yg besar membelanjakan beribu-ribu ringgit sebulan utk ~; beriklan mempunyai iklan: halaman ~; mengiklankan memperkenalkan sesuatu kpd umum melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dlm surat khabar, majalah, dsb): ia membeli ubat yg diiklankan dlm surat khabar; periklanan hal (kegiatan dsb) yg berkaitan dgn iklan: pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia; kakitangan yg bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai; pengiklanan perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: ~ keluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa; pengiklan orang (syarikat, media massa, dll) yg mengiklankan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[iÖ.lan]/[ik.lan] | اعلان

Definisi : pemberitahuan kpd orang ramai (melalui surat khabar, televisyen dsb): Syarikat-syarikat perniagaan membelanjakan wang yg banyak utk ~. mengiklankan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai dgn iklan (di surat khabar dsb); mengumumkan sesuatu kpd orang ramai: Mereka ~ barang-barang buatan mereka di surat khabar dan di televisyen juga. pengiklanan hal yg berkaitan dgn usaha atau cara mengiklankan. pengiklan badan (syarikat, orang dsb) yg mengiklankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iklan (kata nama)
Bersinonim dengan pengumuman, pelekat, risalah, poster, promosi, papan tanda;,
Kata Terbitan : mengiklankan, pengiklanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
iklanUntuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui laman web www.dbpsahbahasa.my. Sila daftar akaun pelanggan, dan klik daftar iklan untuk mendaftarkan dan menyertakan lampiran iklan tuan. Iklan papan premis seperti ini dikenakan bayaran sebanyak RM10 dan bayaran boleh dibuat secara dalam talian (online).Lain-lain02.10.2017
Selamat sejahtera, Saya ingin membuat papan iklan pusat tuisyen. Bolehkah pihak tuan menyemak papan iklan tersebut. Saiz papan iklan: 6.1m X 1.22m Sekian, terima kasih.Iklan ini betul.
Untuk pengesahan iklan, tuan/puan boleh merujuk di laman web ini iklan/">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/
Terima kasih
Lain-lain20.12.2016
saya harap untuk pengesahan iklanUntuk pengesahan iklan, sila buat permohonan di https://pb.dbpsahbahasa.my/. Pilih DAFTAR PERMOHONAN > DAFTAR IKLAN, isi maklumat permohonan (rujuk Panduan Pelanggan), Jenis iklan:  Papan premis kedai/pejabat/syarikat  (atau yang berkaitan), pilih PBT dan klik “Masuk PBT”, muat naik semula visual iklan mengikut format,  klik SIMPAN. Buat bayaran setelah permohonan Berjaya didaftarkan supaya iklan dapat diproses. 

Sekiranya iklan ini pernah diluluskan, sila masukkan nombor permohonan yang pernah diluluskan untuk rujukan kami. 

Sekiranya belum pernah membuat permohonan untuk iklan ini, sila gunakan nama perniagaan/syarikat yang telah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) (WISDOM LEARNING CENTRE). Sekiranya ingin menggunakan nama yang berbeza, sila gunakan nama dalam bahasa Melayu yang baik dan betul. 

Sila sertakan juga visual yang jelas tanpa ada tulisan DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA kerana ia akan terpapar pada sijil pengesahan. 
Terima kasih.


Lain-lain05.08.2021
Maaf, saya ingin bertanya. Adakah kita boleh menggunakan perkataan "poster iklan" atau "iklan poster"? Contoh ayat: Poster iklan tentang langkah-langkah pencegahan Covid-19 itu diterbitkan dalam dwibahasa.Penggunaan perkataan yang betul ialah poster iklan.Lain-lain15.10.2020
Bagaimana cara untuk mendapatkan kelulusan DBP utk visual iklan / papan iklan kedaiUntuk perkhidmatan pengesahan iklan papan premis perniagaan, sila layari laman web dbpsahbahasa.my, kemudian daftar ID pengguna dan kata laluan. Setelah itu, sila teruskan untuk permohonan pengesahan bahasa dan lampirkan sekali visual iklan/papan premis perniagaan anda. Pihak tuan/puan perlu membuat pembayaran sebanyak RM10 terlebih dahulu. Sila rujuk panduan pendaftaran dan video penggunaan DBP Sah Bahasa untuk maklumat lanjut.Lain-lain13.09.2021
Bagaimana untuk mendapat pengesahan bahasa iklan dari pihak tuanSelamat pagi.

Pihak tuan boleh mendapatkan pengesahan iklan melalui  iklan/pelanggan/login.aspx">iklan/pelanggan/login.aspx">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk penyemakan iklan.
Lain-lain27.10.2016
BAGAIMANA INGIN MENDAPATKAN FORMAT SIJIL MEMOHON LESEN PBT UNTUK PAPAN IKLAN PERNIAGAAN
Untuk permohonan pengesahan bahasa Melayu pada visual iklan, sila buat permohonan melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun dan aktifkan akaun. Log masuk dan pilih Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan dan muat naik visual iklan. Buat bayaran dan iklan akan diproses dalam masa tiga hari bekerja selepas bayaran dibuat.

Sila rujuk Panduan Pendaftaran atau tonton video Youtube pada laman web tersebut untuk tatacara permohonan iklan.
Lain-lain23.09.2022
Assalamualaikum..saya ingin memohon pihak DBP menyemak nama untuk papan iklan kedai saya.Untuk semakan tentang iklan papan tanda premis, puan perlu melayari laman dbpsahbahasa.my dan memohon daftar iklan untuk pengesahan bahasa iklan puan. Rujuk Panduan Pelanggan untuk panduan memohon iklan puan. 

Sila buat lakaran berkomputer untuk visual iklan puan.  Tulisan tangan tidak diterima. 
Masukkan keterangan aktiviti utama perniagaan di bahagian paling atas sebelah kiri visual iklan: RESTORAN
Betulkan nama premis kepada DAPUR KAK NING (selaraskan dengan teks jawi) kecuali nama KAK NING KITCHEN telah berdaftar di SSM atau MyIPO.
Sila masukkan DIMILIKI OLEH: XXXX  (nama syarikat berdaftar)
Sekiranya memohon untuk PBT Shah Alam dan Klang mohon masukkan alamat premis di bahagian bawah papan iklan

Sila rujuk lampiran untuk contoh lakaran visual iklan
 
Lain-lain10.01.2024
Permohonan surat kelulusan dewan bahasa dan ejaan jawi untuk papan iklan.Untuk permohonan pengesahan ejaan jawi pada visual iklan, sila buat permohonan melalui laman web dbpsahbahasa.my. Sila Daftar Akaun dan aktifkan akaun. Log masuk dan pilih Daftar Iklan. Isikan Maklumat Iklan dan muat naik visual iklan. Buat bayaran dan iklan akan diproses dalam masa tiga hari bekerja selepas bayaran dibuat.


Sila rujuk Panduan Pendaftaran atau tonton video Youtube pada laman web tersebut untuk tatacara permohonan iklan.
Lain-lain21.03.2023
macam mana nak daftar papn iklan atas kedai?
Pihak tuan boleh mendapatkan pengesahan iklan melalui  iklan/pelanggan/login.aspx">iklan/pelanggan/login.aspx">http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk penyemakan iklan.
Lain-lain07.02.2017
12345678910...

Kembali ke atas