Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[iÖ.lan]/[ik.lan] | اعلان

Definisi : pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll: syarikat-syarikat perniagaan yg besar membelanjakan beribu-ribu ringgit sebulan utk ~; beriklan mempunyai iklan: halaman ~; mengiklankan memperkenalkan sesuatu kpd umum melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dlm surat khabar, majalah, dsb): ia membeli ubat yg diiklankan dlm surat khabar; periklanan hal (kegiatan dsb) yg berkaitan dgn iklan: pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia; kakitangan yg bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai; pengiklanan perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: ~ keluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa; pengiklan orang (syarikat, media massa, dll) yg mengiklankan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[iÖ.lan]/[ik.lan] | اعلان

Definisi : pemberitahuan kpd orang ramai (melalui surat khabar, televisyen dsb): Syarikat-syarikat perniagaan membelanjakan wang yg banyak utk ~. mengiklankan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai dgn iklan (di surat khabar dsb); mengumumkan sesuatu kpd orang ramai: Mereka ~ barang-barang buatan mereka di surat khabar dan di televisyen juga. pengiklanan hal yg berkaitan dgn usaha atau cara mengiklankan. pengiklan badan (syarikat, orang dsb) yg mengiklankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iklan (kata nama)
Bersinonim dengan pengumuman, pelekat, risalah, poster, promosi, papan tanda;,
Kata Terbitan : mengiklankan, pengiklanan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Iklan-iklan di TVPak Pandir ModenUtusan Malaysia17.01.1980
Iklan-iklan perlu diberi nilai-nilai budaya bangsaTiadaUtusan Melayu14.11.1984
Tulisan jawi perlu ditonjol dalam iklan-iklan - MohamedTiadaMingguan Malaysia25.12.1985
Antara Iklan dan IklanBaha ZainSuara Merdeka05.12.1976
Iklan Jawatan Fasilitator Program Penghayatan Sastera dan BudayaDewan Bahasa dan PustakaUtusan Borneo08.02.2009
Iklan Jawatan KosongTiadaUtusan Sarawak19.07.2008
Iklan - jawatan kosong - DBP MalaysiaTiadaMingguan Malaysia20.01.2008
Iklan Maybank guna bahasa IbanTiadaKosmo15.08.2007
Iklan tak utamakan bahasa kebangsaanWan Ahmad Tajuddin AbdullahBerita Harian10.01.2007
Iklan Buku Teks Sekolah DBPAkhbar:  Utusan Malaysia12.01.2001
12345678910...

Kembali ke atas