Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[iÖ.lan]/[ik.lan] | اعلان

Definisi : pemberitahuan kpd orang ramai melalui surat khabar, TV, radio, dll: syarikat-syarikat perniagaan yg besar membelanjakan beribu-ribu ringgit sebulan utk ~; beriklan mempunyai iklan: halaman ~; mengiklankan memperkenalkan sesuatu kpd umum melalui iklan, memberitahukan sesuatu menerusi iklan (dlm surat khabar, majalah, dsb): ia membeli ubat yg diiklankan dlm surat khabar; periklanan hal (kegiatan dsb) yg berkaitan dgn iklan: pihak kerajaan, menerusi Kementerian Penerangan terutamanya, turut memerhatikan perkembangan dunia ~ Malaysia; kakitangan yg bekerja di bahagian ~ tidak berapa ramai; pengiklanan perihal (perbuatan, kegiatan dsb) mengiklankan: ~ keluaran baru syarikat itu dibuat melalui media massa; pengiklan orang (syarikat, media massa, dll) yg mengiklankan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[iÖ.lan]/[ik.lan] | اعلان

Definisi : pemberitahuan kpd orang ramai (melalui surat khabar, televisyen dsb): Syarikat-syarikat perniagaan membelanjakan wang yg banyak utk ~. mengiklankan memberitahukan sesuatu kpd orang ramai dgn iklan (di surat khabar dsb); mengumumkan sesuatu kpd orang ramai: Mereka ~ barang-barang buatan mereka di surat khabar dan di televisyen juga. pengiklanan hal yg berkaitan dgn usaha atau cara mengiklankan. pengiklan badan (syarikat, orang dsb) yg mengiklankan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iklan (kata nama)
Bersinonim dengan pengumuman, pelekat, risalah, poster, promosi, papan tanda;,
Kata Terbitan : mengiklankan, pengiklanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fact sheethelaian faktaKomunikasiKorporatPerincian maklumat tentang sesuatu organisasi, barangan atau perkhidmatan yang digunakan sebagai asas untuk menghasilkan skrip iklan, iklan media cetak, dan skrip pengumuman penerbitan. Perincian maklumat tentang sesuatu yang hendak diumumkan di radio dan televisyen juga disediakan kepada pengacara untuk tujuan hebahan secara langsung. Maklumat yang disediakan biasanya memberikan tumpuan kepada fakta yang meningkatkan citra atau menyokong hujah mengenai keistimewaan sesebuah organisasi. Barangan, dan penjelasan. Fakta yang bersifat saintifik merupakan fakta yang telah diuji kesahihannya melalui kaedah penyelidikan. Fakta hujahan merupakan fakta yang berasaskan logik dan rasional yang dijangka boleh diterima umum. Fakta penjelasan pula merupakan maklumat yang boleh memberikan nilai tambah kepada organisasi, barangan atau perkhidmatan.
piggybackkokkoKomunikasiKorporatProses menyiarkan dua iklan daripada barangan yang berbeza pada masa yang berturutan. Penyiaran iklan ini melibatkan satu iklan dirangkaikan kepada satu iklan yang lain untuk disiarkan pada masa yang sama. Kedua-dua iklan tersebut dihasilkan dan diuruskan oleh syarikat iklan dan dimiliki oleh pengiklan yang sama. Pendekatan ini digunakan bagi memudahkan pengurusan iklan dengan harga pengiklanan yang lebih rendah. Kaedah ini juga boleh membantu meningkatkan citra syarikat pengiklanan dalam kalangan pihak media dan industri pengiklanan. Sinonim dukung.
copy testingpengujian naskhah iklanKomunikasiKorporatSalah satu kaedah penyelidikan dan pengiklanan yang dilakukan untuk mengenal pasti atau memantau keberkesanan sesuatu iklan sebelum iklan sebenar dihasilkan. Tujuannya adalah untuk memastikan setiap iklan sebenar yang dihasilkan akan meninggalkan impak yang mendalam terhadap khalayak. Selain pengujian naskhah iklan, terdapat pelbagai kaedah dan prosedur untuk menguji dan menentukan keberkesanan sesuatu iklan serta mengukur tahap penerimaan khalayak. Antara kaedah yang digunakan termasuklah kaedah tinjauan, uji kaji, maklum balas, dan temu bual. Kaedah pengujian naskhah iklan merupakan salah satu cabang ujian prapenerbitan yang kerap dilakukan dalam bidang lain selain ujian prasiaran rancangan yang baru diterbitkan. Melalui kaedah ini, naskhah ujian akan dipratontonkan kepada sekumpulan khalayak yang mempunyai ciri khalayak sasaran iklan berkenaan. Khalayak akan memberikan tindak balas, sama ada secara elektronik, lisan, bertulis, atau cara lain yang ditetapkan. Hasil ujian akan digunakan oleh pihak yang berkaitan dengan pembuatan dan penerbitan iklan untuk membuat keputusan, sama ada memperbaik atau terus menyiar dan menerbitkan iklan berkenaan.
junior unit (advertisement)iklan ruang kecilKomunikasiKorporatIklan majalah yang dihasilkan dalam saiz tertentu yang dimensinya boleh memenuhi halaman penuh bagi majalah bersaiz kecil dan boleh mengisi sebahagian ruang halaman bagi majalah bersaiz besar. Iklan ini biasanya diletakkan sama ada di kiri, kanan, atas, atau bawah iklan. Iklan berada di tengah-tengah tumpuan pembaca. Fungsinya adalah untuk mendapat perhatian langsung daripada pembaca. Sinonim halaman kecil, iklan intian.
keying in advertisement/ key number/ code numberkod iklanKomunikasiKorporatNombor, huruf, atau simbol yang diberikan kepada sesuatu iklan. Maklumat ini mewakili kategori makna iklan seperti genre, syarikat, masa siaran, dan tahun penerbitan iklan. Tujuan pemberian kod iklan tersebut adalah untuk memudahkan kerja penggunaan, penyimpanan, carian, dan perolehan iklan. Kod ini perlu dirujuk setiap kali proses tersebut dilaksanakan. Contoh kerja penggunaan iklan adalah menentukan letakan jenis iklan, sama ada daripada jenama yang sama atau berbeza ke dalam ruang siaran pada sesuatu masa. Kod ini boleh membantu media siaran mengenal pasti, sama ada sesuatu iklan itu terdiri daripada kelompok iklan yang sama atau berbeza kerana boleh membantu menentukan keberkesanan siaran dan mengenal pasti kos siaran. Iklan yang akan digunakan dan telah digunakan akan didokumentasikan untuk memudahkan kerja carian dan perolehan.
commercial spotmasa iklanKomunikasiKorporatPeletakan atau penyusunan unit iklan pada kedudukan tertentu dalam ruang selitan iklan. Keputusan untuk menentukan peletakan unit iklan tersebut perlu mendapat persetujuan dan arahan daripada syarikat pengiklanan kerana mereka mempunyai strategi penyiaran iklan masing-masing melalui pemilihan masa berkenaan. Sekiranya masa penyiaran iklan disusun letak sebaik sahaja rancangan utama ditamatkan, jumlah khalayak dijangka lebih tinggi berbanding beberapa minit selepas rancangan utama disiarkan. Penyiaran iklan pada tempoh ini biasanya dikenakan bayaran yang tinggi berbanding nilai masa iklan yang berikutnya. Penentuan masa jenis ini bukan sahaja sangat bermakna kepada stesen penyiaran, tetapi juga kepada syarikat pengiklanan. Tempoh dan jumlah penyiaran iklan di ruang selitan iklan bergantung pada jumlah syarikat yang ingin mengiklankan barangan dan dasar yang digunakan oleh syarikat penyiaran.
spot schedulejadual waktu iklanKomunikasiKorporatSenarai masa siaran iklan dalam jadual rancangan radio, televisyen, atau filem. Senarai ini bertujuan untuk menetapkan susunan iklan yang boleh disesuaikan dengan stesen siaran, jenis rancangan, nama iklan, tarikh dan susunan siaran, tempoh masa, serta kos iklan. Penetapan jadual waktu iklan ini dapat membantu pihak pengiklan menentukan belanjawan sesuatu kempen pengiklanan melalui media elektronik, merancang usaha pemantauan keberkesanan sesuatu kempen pengiklanan, memudahkan sistem carian, dan mengenal pasti skala liputan siaran iklan. Selain itu, senarai iklan yang berjadual ini memudahkan sesuatu agensi pengiklanan menyiarkan maklumat iklan kepada khalayak. Jadual ini juga dijadikan panduan bagi penyusunan rancangan mengikut tertib supaya lebih sistematik dan boleh mengurangkan kesilapan ketika sesuatu rancangan itu disiarkan.
thirty-sheet posterposter tiga puluh helaianKomunikasiKorporatIklan jalanan yang berukuran 12 kaki tinggi dan 25 kaki lebar. Iklan ini dicetak di atas kertas dalam ukuran tertentu yang dicantum mengikut susunan visual dan cetakan asal untuk menjadi iklan besar. Jumlah kesemua helaian kertas tersebut adalah sebanyak 30. Iklan bersaiz besar ini penting untuk disesuaikan dengan keadaan landskap, saiz lebuh raya, dan isi padu lalu lintas. Iklan ini juga dapat memudahkan pemasangan iklan jalanan, khususnya di lokasi yang sukar dihubungkan dengan jentera berat. Selain itu, kaedah iklan ini juga dapat mempelbagaikan kreativiti dalam reka bentuk iklan. Iklan bersaiz besar boleh memberikan ruang kepada aplikasi pemasaran maklumat secara elektronik dan juga memudahkan aplikasi pencahayaan kreatif.
ad copynaskhah iklanKomunikasiKorporatPerkataan, mesej, tema, reka bentuk, dan semua aspek kandungan yang menghasilkan sesuatu iklan dan yang belum didedahkan kepada khalayak. Setiap iklan dilihat sebagai satu naskhah kerana setiap iklan mempunyai gaya persembahan penulisan dan penerbitan yang membentuk identiti tersendiri. Penghasilan setiap naskhah iklan disesuaikan dengan budaya dan cita rasa khalayak sasaran. Naskhah iklan yang diterima untuk diedarkan kepada khalayak dikenali sebagai iklan. Lihat juga iklan.
vertical half pageseparuh halaman menegakKomunikasiKorporatRuang iklan menegak yang memenuhi separuh halaman sesuatu penerbitan bercetak. Ruang iklan ini mempunyai dua faedah utama. Pertama, kos iklan yang rendah. Kedua, cara ini boleh menarik perhatian khalayak untuk membaca bahan bertulis di sebelahnya yang secara tidak langsung akan terdedah kepada iklan berkenaan. Iklan yang memenuhi ruang ini kerap disesuaikan dengan tema rencana pada halaman tersebut dan jenis khalayak yang disasarkan. Selain boleh menjimatkan kos, iklan ini boleh meningkatkan keberkesanan penyampaian mesej. Walau bagaimana pun, kos ruang iklan ini bergantung pada jenis dan kedudukan halaman dalam sesuatu penerbitan. Lebih kerap halaman terdedah kepada pembaca maka lebih tinggi nilai kos iklan di halaman menegak tersebut..
12345678910...

Kembali ke atas