Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ik.lim] | اقليم

Definisi : 1. keadaan cuaca (suhu, hujan) dlm jangka panjang di sesuatu tempat: Asia Tenggara boleh dibahagikan kpd tiga kawasan ~; ~ dingin (kawasan) berhawa dingin; ~ panas = ~ tropika (kawasan) berhawa panas; ~ sederhana (kawasan) berhawa sederhana (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk); 2. ki suasana, keadaan: ~ politik negeri itu sudah mulai panas; pertama, bagaimana negara-negara selatan boleh mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi utk pembangunan mereka dlm ~ antarabangsa yg semakin memusuhi mereka; ketidakpastian terhadap ~ pelaburan; beriklim mempunyai iklim: ~ panas (sejuk, dingin); keikliman perihal iklim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ik.lim] | اقليم

Definisi : keadaan cuaca (hujan, suhu, angin dsb) yg biasa di sesuatu tempat: ~ di negara kita ini panas dan lembap. ~ kebenuaan iklim di pedalaman benua yg mempunyai ciri-ciri spt bezantara suhu yg besar, hujan yg kurang dan anginnya kering. ~ khatulistiwa iklim di kawasan khatulistiwa (antara garisan lintang 0o hingga 10o utara dan selatan garisan khatulistiwa) yg mempunyai ciri-ciri spt bezantara suhunya 1oC hingga 2oC, anginnya tenang dan hujan yg lebat turun sepanjang tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iklim (kata nama)
1. Bersinonim dengan cuaca: hawa, udara, suhu,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan suasana, keadaan.,



Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
climatic controlpengendalian iklimkawalan iklim; pengawalan iklimkawalan iklimPertanian
climatic classificatonklasifikasi iklimpengelasan iklim / klasifikasi iklimklasifikasi iklimPertanian
organizational climateiklim organisasiiklim organisasiiklim organisasiSains Politik
communication climateiklim komunikasiiklim komunikasiiklim komunikasiSains Politik
organisational climateiklim organisasiiklim organisasiiklim organisasiPendidikan
zonal climateiklim wilayahiklim berzoniklim berzonPertanian
maritime climateiklim maritimiklim maritimiklim maritimPerikanan
continental climateiklim benuaiklim benuaiklim benuaPerikanan
acclimatizationpenyesuaian iklimpenyesuaian iklimpenyesuaian iklimPenternakan
school climatesiklim sekolahiklim sekolahiklim sekolahSosiologi
12345

Kembali ke atas