Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ik.lim] | اقليم

Definisi : 1. keadaan cuaca (suhu, hujan) dlm jangka panjang di sesuatu tempat: Asia Tenggara boleh dibahagikan kpd tiga kawasan ~; ~ dingin (kawasan) berhawa dingin; ~ panas = ~ tropika (kawasan) berhawa panas; ~ sederhana (kawasan) berhawa sederhana (tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk); 2. ki suasana, keadaan: ~ politik negeri itu sudah mulai panas; pertama, bagaimana negara-negara selatan boleh mendapat manfaat pertumbuhan ekonomi utk pembangunan mereka dlm ~ antarabangsa yg semakin memusuhi mereka; ketidakpastian terhadap ~ pelaburan; beriklim mempunyai iklim: ~ panas (sejuk, dingin); keikliman perihal iklim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ik.lim] | اقليم

Definisi : keadaan cuaca (hujan, suhu, angin dsb) yg biasa di sesuatu tempat: ~ di negara kita ini panas dan lembap. ~ kebenuaan iklim di pedalaman benua yg mempunyai ciri-ciri spt bezantara suhu yg besar, hujan yg kurang dan anginnya kering. ~ khatulistiwa iklim di kawasan khatulistiwa (antara garisan lintang 0o hingga 10o utara dan selatan garisan khatulistiwa) yg mempunyai ciri-ciri spt bezantara suhunya 1oC hingga 2oC, anginnya tenang dan hujan yg lebat turun sepanjang tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iklim (kata nama)
1. Bersinonim dengan cuaca: hawa, udara, suhu,

2. Dalam konteks kiasan
bersinonim dengan suasana, keadaan.,



Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
extreme climateiklim melampauGeografiTiadaIklim-iklim yang mempunyai perbezaan yang sangat ketara di antara nilai paling tinggi dan paling rendah unsur-unsur atmosfera pada tempoh tertentu seperti harian, bulanan, musiman, tahunan atau mutlak.
climatologyklimatologiGeologiTiadaKajian saintifik ke atas taburan dan faktor-faktor yang mengawal iklim-iklim dunia.
microclimateiklim mikroSainsHidrometeorologiKeadaan fizikal atmosfera yang berhampiran dengan suatu kawasan kecil permukaan bumi, biasanya berkaitan dengan jirim hidup seperti tumbuhan atau serangga. Berbeza dengan iklim, iklim mikro umumnya dikaitkan dengan suatu tempoh yang singkat.
physical climateiklim fizikalGeografiTiadaIklim sebenar sebuah kawasan berbanding dengan iklim hipotetikal seperti iklim solar atau iklim matematik.
climatic zonezon iklimSainsHidrometeorologiJalur permukaan bumi yang iklimnya secara umum homogen dalam beberapa segi; kawasan kecil dalam pengelasan iklim yang mudah. Zon iklim yang asalnya disempadani Garisan Sartan dan Garisan Jadi dan Bulatan Arktik dan Antartika; termasuk zon panas, dua zon sederhana dan dua zon sejuk. Dalam keadaan ini zon merupakan pembahagi iklim secara matematik, tetapi zon iklim boleh juga ditakrifkan mengikut iklim sebenar. Zon iklim ditakrifkan juga sebagai kawasan yang mengandungi satu jalur panas, dua jalur sederhana dan dua kawasan sejuk kutub.
dry summer subtropical climateiklim hampir tropika musim panas keringGeografiTiadaIklim kering zon subtropika merupakan perantaraan di antara iklim tropika kering dan iklim sederhana kering.
climatic changeperubahan iklimSainsHidrometeorologiPerubahan ketara iklim yang terlihat dalam iklim sesuatu daerah di antara dua jangka waktu rujukan.
climatic indexindeks iklimSainsHidrometeorologiNombor yang mencirikan iklim sebagai fungsi unsur iklim utama.
genetic classification of climatepengelasan/ genetik iklimGeografiTiadaPengelasan iklim mengikut unsur - unsur iklim yang sama.
hot and drypanas keringGeografiTiadaJenis iklim tropika kering yang boleh dibahagikan kepada iklim gurun panas dan iklim steppe panas mengikut pengelasan Koppen dimana sejatan sentiasa melebihi kerpasan.
12345678910...

Kembali ke atas