Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ko.no.gra.fi] | ايکونوݢرافي

Definisi : lambang-lambang seni yg digambarkan melalui lukisan, ukiran arca, dsb. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ikonografi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
iconographyikonografiArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiSatu bidang khusus yang mengkaji seni arca sama ada bersifat keagamaan atau kontemporari. Ikonografi berasal daripada perkataan Greek �eikoon� yang bermaksud bayangan, gambar atau arca, manakala �graphoo� pula memperincikan ciri arca. Tumpuan kajian ini adalah untuk melihat perkembangan aspek seni, simbolisme dan langgam berdasarkan ciri sesebuah arca. Ikonografi dapat digunakan untuk menentukan usia secara relatif.
iconographyikonografiKesusasteraanTiada1. Ilustrasi atau deskripsi dalam bentuk gambar, imej, lambang atau lain-lain.,2. Bentuk visual mewakili subjek-subjek berhubung dengan idea, kepercayaan, agama dan lain-lain.
iconographyikonografiPerpustakaanTiadaTiada
iconographyikonografiKejuruteraanTiadaTiada
iconographyikonografiKesenianTiada1. Ilustrasi atau deskripsi dalam bentuk gambar, imej, lambang atau lain-lain.
iconographyikonografiKesenianSeni BinaCabang ilmu kesenian yang mengkaji persamaan, perbandingan dan pemberian maksud kandungan sesuatu imej lukisan yang masyhur. Kajian tersebut menitikberatkan komposisi dan perincian tertentu yang digunakan oleh pelukis yang mempunyai gaya berbeza. Ia juga digunakan untuk penghasilan sesuatu imej keagamaan yang disebut �ikon� pada zaman Byzantine dan Kristian ortodoks seperti imej Mariam dan anaknya Nabi Isa.
abhanggaabhanggaArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKajian ikonografi dalam menentukan lurus atau sengetnya satu garis lurus yang dapat diukur dari bahagian tengah mahkota atau rambut ke bahagian dagu, dari dagu ke pusat dan dari pusat ke bahagian buku lali kaki. Biasanya, kedudukan arca ini tidak berdiri lurus sepenuhnya dan dapat dilihat sama ada bahagian badan atau pinggangnya yang bengkok sedikit, sama ada ke kanan atau ke kiri. Abhangga berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud diri tegak.
abhaya-mudraabhaya-mudraArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiKajian ikonografi terhadap kedudukan tangan arca bermula dari bahagian tangan hingga telapak tangan termasuk susunan jari. Tangan dibengkokkan ke atas sementara telapak tangan diarahkan ke hadapan dengan kelima-lima jari berkeadaan rapat. Analoginya seperti sedang mengangkat sumpah. Proses ini kerap menggunakan tangan kanan berbanding tangan kiri yang bermaksud tidak berasa takut atau gementar untuk mendapatkan kebenaran. Mudra berasal daripada bahasa Sanskrit yang bermaksud tangan.

Kembali ke atas