Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ik.rar] | اقرار

Definisi : Ar 1. lafaz janji, pengakuan dsb; 2. janji yg sungguh-sungguh, biasanya disertai dgn sumpah, pengakuan: kami membuat ~ akan tetap setia antara satu sama lain; membaca ~; 3. ark piagam: ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan: orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh; mengikrarkan 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat; pengikraran perbuatan mengikrarkan; pengikrar orang (kumpulan orang dsb) yg berikrar atau mengikrarkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ik.rar] | اقرار

Definisi : janji yg sungguh-sungguh; janji yg disertai sumpah; pengakuan: Mereka berhimpun di hadapan sekolah utk membaca ~. berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati; berjanji akan mematuhi sesuatu: Mereka ~ utk mempertahankan bandar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikrar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan janji bersumpah, pengakuan;,
Kata Terbitan : berikrar, mengikrarkan,


Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Ikrar IIsmona AbadiNew Sabah Times19.02.2006
Ikrar Anak WarisanNasarudin MuhammadUtusan Malaysia01.11.1996
Ikrar KamiMuhamad Raus BaharuddinMingguan Malaysia16.11.1997
Ikrar SatriaEF 2020Bacaria31.12.1994
Ikrar taat setia Pemuda kepada Bapa KemerdekaanZabhaMerdeka01.02.1986
Ikrar Rukun Negara selepas NegarakuLuqman Hakim RahimKosmo09.12.2005
Ikrar CintaAkhbar:  Media Hiburan19.05.2001
Delegasi ikrar bela nasib ummah, rumpun MelayuTiadaBerita Harian24.12.2008
Sumpah Ikrar Kepada Pejuang KemedekaanZainal Abidin OsmanMingguan Malaysia27.08.2007
Sebuah IkrarShamsir H. MMingguan Watan26.11.1995
1234

Kembali ke atas