Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ik.rar] | اقرار

Definisi : Ar 1. lafaz janji, pengakuan dsb; 2. janji yg sungguh-sungguh, biasanya disertai dgn sumpah, pengakuan: kami membuat ~ akan tetap setia antara satu sama lain; membaca ~; 3. ark piagam: ~ Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati secara lisan: orang kampung itu telah ~ akan bersatu padu utk menentang musuh; mengikrarkan 1. melafazkan janji, pengakuan dsb: berjuta-juta rakyat negeri ini ~ kesediaan mereka utk membela ibu pertiwi; 2. mengakui, menetapkan sah, membenarkan: ~ syarat-syarat perjanjian itu; 3. menetapkan niat; pengikraran perbuatan mengikrarkan; pengikrar orang (kumpulan orang dsb) yg berikrar atau mengikrarkan sesuatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ik.rar] | اقرار

Definisi : janji yg sungguh-sungguh; janji yg disertai sumpah; pengakuan: Mereka berhimpun di hadapan sekolah utk membaca ~. berikrar berjanji dgn sungguh-sungguh hati; berjanji akan mematuhi sesuatu: Mereka ~ utk mempertahankan bandar itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ikrar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan janji bersumpah, pengakuan;,
Kata Terbitan : berikrar, mengikrarkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pledgeikrarPendidikanTiadaTiada
affirmikrarUndang-undangTiadaTiada
pledgeikrarSejarahTiadaPerjanjian atau persediaan akan mematuhi atau melakukan sesuatu berdasarkan peraturan yang ditetapkan khususnya dalam perkumpulan rahsia atau kongsi gelap.
الاقرارikrarAgama IslamHadithPersetujuan Rasulullah s.a.w. terhadap perbuatan atau perkataan para sahabat secara diam atau tanpa dibantah oleh baginda.
negative pledgeikrar negatifPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
الاقرار الحكمىikrar hukmiyAgama IslamHadithPersetujuan Rasulullah s.a.w. terhadap perbuatan yang berlaku pada zamannya yang tidak diketahui secara jelas, sepatutnya baginda mengetahuinya.
الاقرار الحقيقيikrar hakikiAgama IslamHadithPersetujuan Rasulullah s.a.w. terhadap perbuatan sahabat yang diketahui oleh baginda.
Magna CartaMagna CartaSains PolitikHubungan AntarabangsaIkrar bersejarah yang dianggap oleh rakyat Inggeris sebagai dasar kebebasan daripada belenggu kemutlakan kuasa raja yang menindas. Piagam ini dikenali juga sebagai �the great charter of liberty� yang ditandatangani oleh Raja John di Runnymede, Windsor pada 15 Jun 1215. Piagam ini ditandatangani kerana desakan revolusi rakyat yang menuntuk hak mutlak golongan istana supaya dibatasi dan hak kebebasan rakyat jelata dilindungi serta dihormati oleh undang-undang.

Kembali ke atas