Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[iÖ.ti.bar]/[ik.ti.bar] | اعتبار

Definisi : Ar pengajaran, contoh, ibarat, teladan: mengambil ~ mengambil pengajaran (contoh, ibarat); menjadi ~ menjadi pengajaran (contoh, ibarat). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
iktibar (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan pengajaran, contoh, ibarat, teladan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH SABA'

Surah Saba’ ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-34 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 54 ayat.

Surah ini dinamakan Sabakerana Allah S.W.T.

ada menyebut dalam al-Qur’an cerita negeri Saba’,

iaitu cerita tentang raja-raja Yaman. Penduduk di

negara tersebut hidup dalam kenikmatan dan

kemewahan, kegembiraan dan ketenangan.

Tempat tinggal mereka dipenuhi dengan kebun-kebun

dan taman-taman. Apabila mereka mengkufuri nikmat

yang dikurniakan oleh Allah S.W.T., mereka dihancurkan

dengan banjir besar. Kisah ini menjadi pengajaran

kepada orang yang mahu mengambil iktibar.

UMUM 
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM.

Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir

merupakan salah satu ilmu syariah yang asas,

kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang

diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan

rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna

kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan

tentang pengertian ayat-ayat-Nya.

Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya

menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan

mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat

merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan-

Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa

yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang

dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud:

“(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan

kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab

yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya

dan, untuk mereka memahami dengan teliti

kandungan untuk orang-orang yang berakal

sempurna beringat dan mengambil iktibar”.

( Surah Sad 38:29)

UMUM 

Kembali ke atas