Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[iÖ.ti.qad]/[ik.ti.qad] | اعتقاد

Definisi : Ar kepercayaan atau keyakinan di dlm hati yg berkaitan dgn rukun iman: ada orang kita yg telah mulai terpesong ~nya; agama Islam terdiri drpd bahagian batin dan bahagian zahir, bahagian batin itu adalah mengenai iman atau ~; dgn ~ baik dgn maksud yg baik; beriktikad menaruh penuh keyakinan atau kepercayaan di dlm hati, percaya benar-benar, yakin: kita mestilah ~ bahawa Allah itu ada; mengiktikadkan meyakini, percaya akan, mempercayai: asal mula erti kata al-jihad ialah mengeluarkan segala kesungguhan, kekuatan dan kesanggupan yg diiktikadkan oleh manusia bahawa jalan itulah yg hak dan benar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[iÖ.ti.qad]/[ik.ti.qad] | اعتقاد

Definisi : perasaan yakin dlm hati (biasanya dlm hal-hal agama): Kita hendaklah memperteguh ~ bahawa Tuhan itu ada. beriktikad menaruh keyakinan penuh dlm hati; mempercayai benar-benar; meyakini: Setiap orang Islam ~ bahawa alam ini dijadikan oleh Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iktikad (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kepercayaan, keyakinan;,
Kata Terbitan : beriktikad, mengiktikadkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BOLEHKAH AYAT IKTIKAD DIGUNAKAN SEPERTI CONTOH DIBAWAH walau bagaimanapun saya tidak dapat menghadiri kursus yang dicalonkan memandangkan perasaan dan iktikad saya yang tidak jelas untuk menghadiri kursus tersebutJawapan yang betul ialah kepercayaan bagi menggantikan perkataan iktikad. Harap maklum.Makna22.05.2008
ADAKAH MAKSUD LAIN IKTIKAD SELAIN DARIPADA KEPERCAYAAN KEPADA TUHANMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maskud iktikad ialah kepercayaan atau keyakinan di dlm hati yg berkaitan dgn rukun iman. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Terima kasih.Makna22.05.2008
saya nk bertanya,boleh anda jelaskan tentang "kepercayaan dalam pekerjaan beserta contoh".Kepercayaan: 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya;Makna11.11.2009
Sila berikan definisi inisiatif, penglibatan dan kepercayaanMerujuk Kamus Dewan, inisiatif bermaksud daya usaha (tindakan dll) yg mula-mula: di dlm bukunya itu dia ada menitikberatkan betapa pentingnya ~ perseorangan; mengambil ~ mulai bertindak (berusaha dll); Manakala penglibatan pula bermaksud perihal melibatkan diri (persatuan dsb) dlm sesuatu hal (perkara dsb) dan kepercayaan ialah 1. keyakinan atau akuan akan benarnya (adanya, berlakunya, dll) sesuatu, iman, iktikad: ada ~ yg mengatakan telur, ikan, dan daging menyebabkan bisul; kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-penduduk negeri yg terdiri drpd berbagai-bagai kaum, keturunan, ~, fahaman, dsb; ~ kuno kepercayaan kpd yg kuno (kolot); 2. sesuatu yg dipercayai (diyakini, diterima sbg benar, dll); sudah jadi ~ yg turun-temurun sudah jadi sesuatu yg dipercayai turun-temurun; 3. keyakinan atau rasa pasti akan kejujuran (kebaikan dll) orang; ~ dan kejujuran orang terhadap aku harus aku pelihara sungguh-sungguh; kerana sudah beberapa kali diperdaya ~nya terhadap lelaki sudah tidak ada lagi; ~ akan (kpd) diri sendiri kepercayaan (keyakinan) pd kebolehan diri sendiri; mosi ~ Id usul (dlm parlimen dll) utk menegaskan keyakinan pd kebijaksanaan (kecekapan) pemerintah; surat ~ surat tauliah (surat mengesahkan pemiliknya benar-benar memegang jawatan dll yg dinyatakan); 4. boleh dipercayai, amanah (jujur dll): ini juga disuruhkan, tetapi biar orang ~ supaya jangan pecah rahsia ini; 5. orang yg dipercayai (diamanahkan sesuatu): perkara itu diserahkan kpd ~nya;Makna18.08.2010

Kembali ke atas