Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[il.ham] | الهام

Definisi : Ar 1. petunjuk drpd Tuhan (terbit dlm hati): ibu Nabi Musa mendapat ~ drpd Tuhan supaya memasukkan Musa ke dlm peti dan menghanyutkannya di Sungai Nil; 2. sesuatu yg menggerakkan hati atau menimbulkan daya cipta dsb utk menghasilkan atau men­capai sesuatu: aku hendak tahu bagaimana kau mendapat ~ utk mencipta buku ini; berilhamkan mempunyai sesuatu sbg ilham: konsep itu ~ teori yg dikemukakan oleh Einstein; mengilhami memberi (seseorang) ilham, membisik di dlm hati: aku diilhami oleh kata-kata ini utk pergi mengembara; mengilhamkan memberikan ilham kpd, menggerakkan hati: rancangan itu ialah usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya; Angkatan Sasterawan 50 yg ~ penubuhan badan tersebut; pengilham orang (sumber dsb) yg memberikan ilham: guru sbg ~ cita-cita yg besar, cekap menyampaikan falsafah mengenai nilai dan makna diri kpd pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[il.ham] | الهام

Definisi : 1 gerak hati utk melakukan sesuatu yg baik. 2 sesuatu yg menggerakkan hati utk melakukan sesuatu yg indah spt mencipta hasil seni dll: Banyak peristiwa yg menjadi ~ kpd penyair dan pengarang. mengilhami memberi ilham kpd; menggerakkan hati seseorang: Keindahan malam di Tanjung Bunga telah ~ aku utk menulis beberapa buah sajak. mengilhamkan memberikan (membisikkan) sesuatu sbg ilham: Gubahan ini adalah atas daya usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilham (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan gerak hati, daya cipta, kekreatifan, imaginasi, pendorong, perangsang, pencetus, inspirasi, motivasi;,
Kata Terbitan : mengilhamkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
antara ayat 'daripada cetusan ilham YB Dato...' dan 'dari cetusan ilham YB Dato..' yg mana betul penggunaan dari/daripada?Jawapan yang betul ialah ' daripada cetusan ilham YB dato.... harap maklum.Tatabahasa22.07.2007
Nama Ilham Tuyong pelajar bahasa melayu Saya ingin soalan .Apakah makna Pelajar???Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pelajar bermaksud orang yang belajar (seperti murid sekolah, penuntut di maktab dan sebagainya), orang yang mengaji (menyelidiki ilmu).Makna28.10.2015
Nama saya Ilham tuyong saya inginkan mensoal apakah makna BurungMenurut data kami, maksud burung ialah binatang yang mempunyai paruh, dua kaki, dua kepak dan umumnya dapat terbangMakna07.11.2015
apakah yang dimaksudkan dengan Model Inspirasi?Inspirasi bermaksud sesuatu yang menggerakkan hati untuk mencipta sesuatu (hasil seni dan lain-lain); atau disebut juga ilham. Oleh itu, Model Inspirasi bermaksud model yang menjadi ilham dalam penghasilan sesuatu karya.Makna27.10.2010
(1) Dia baharu mendapat cahaya mata. (2) Kemudian baharulah beliau mendapat ilham baharu dan memulakan kajian linguistik struktur. Adakah perkataan (1) baharu dan (2) baharulah dalam ayat (1) dan (2) perlu ditukar menjadi (1) baru dan (2) barulah?Yang betul ialah: Dia baru mendapat cahaya mata. Kemudian barulah beliau mendapat ilham baharu dan memulakan kajian linguistik struktur. Baru merujuk kepada tempoh masa, manakala baharu membawa maksud new dalam bahasa Melayu.Tatabahasa02.07.2007
Assalamualaikum Tuan/Puan di talian, Apakah terjemahan perkataan brainstorm dalam bahasa Melayu? Terima kasih.Terjemahan bahasa Melayu bagi brainstorm ialah ilham.Penyemakan dan penterjemahan20.09.2019
Terima kasih atas respons kepada pertanyaan saya yang terdahulu mengenai frasa tersebut. Satu lagi soalan. Bolehkah saya menggunakan perkataan "Menginspirasi" sebagai padanan kepada perkataan "Inspiring"? Jawapan : Menurut Kamus Inggeris-Melayu Dewan maksud progress ialah kemajuan, manakala inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham, maka cadangan terjemahan yang sesuai bagi "Celebrating Excellence, Inspiring Progress" ialah Meraikan Kecemerlangan, Mengilhamkan KemajuanTerjemahan inspiring bermaksud memberikan /inspirasi, ilham. Sekiranya tuan/puan ingin menggunakan menginspirasi bagi terjemahan inspiring, ia boleh digunakan mengikut kesesuaian konteks ayat, Makna05.06.2017
Assalamualaikum, Saya kurang suka akan pembaharuan laman sesawang e-kamus DBP. Saya tidak boleh akses bicara kata/saran kata terbaharu yang dimasukkan. Hanyar kata- kata yang ada maklum balas/komen sahaja tersenarai. Mengapakah sebegini? Saya suka ambil ilham daripada kata-kata baharu yang disarankan untuk digunakan dalam pertuturan harian. Minta diperbaiki semula. Terima kasih.Kami ambil maklum aduan tuan dan kami salurkan kepada Bahagian Sistem Maklumat, DBP untuk tindakan selanjutnya.Lain-lain04.04.2017
Adakah betul dari segi bahasa jika saya menganjurkan satu program keilmuan dan menamakan program tersebut i) "Inspirasi ilmu" ii) Aspirasi IlmuKedua-dua boleh digunakan  mengikut tujuan program itu diadakan.
Aspirasi membawa maksud keinginan yang kuat atau citi-cita manakala inspirasi bermaksud ilham
Lain-lain19.06.2014
apakah bezanya bagi kata nama am perkara dan kata nama konsep? mohon bantuan penerangan kerana saya perlu mengkategorikan sesuatu perkataan dalam golongan kata yang betul. terima kasih.Kata nama am ialah perkataan yangmerujuk benda, perkara atau konsep yang umum sifatnya.

Contoh:

perkara= ilham, cahaya, roh, udara, nafas
konsep= kedamaian , perpindahan, keadilan.


Saudara boleh merujuk prpm.dbp.gov.my untuk carian makna konsep dan perkara.
Tatabahasa26.03.2013
12

Kembali ke atas