Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[il.ham] | الهام

Definisi : Ar 1. petunjuk drpd Tuhan (terbit dlm hati): ibu Nabi Musa mendapat ~ drpd Tuhan supaya memasukkan Musa ke dlm peti dan menghanyutkannya di Sungai Nil; 2. sesuatu yg menggerakkan hati atau menimbulkan daya cipta dsb utk menghasilkan atau men­capai sesuatu: aku hendak tahu bagaimana kau mendapat ~ utk mencipta buku ini; berilhamkan mempunyai sesuatu sbg ilham: konsep itu ~ teori yg dikemukakan oleh Einstein; mengilhami memberi (seseorang) ilham, membisik di dlm hati: aku diilhami oleh kata-kata ini utk pergi mengembara; mengilhamkan memberikan ilham kpd, menggerakkan hati: rancangan itu ialah usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya; Angkatan Sasterawan 50 yg ~ penubuhan badan tersebut; pengilham orang (sumber dsb) yg memberikan ilham: guru sbg ~ cita-cita yg besar, cekap menyampaikan falsafah mengenai nilai dan makna diri kpd pelajar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[il.ham] | الهام

Definisi : 1 gerak hati utk melakukan sesuatu yg baik. 2 sesuatu yg menggerakkan hati utk melakukan sesuatu yg indah spt mencipta hasil seni dll: Banyak peristiwa yg menjadi ~ kpd penyair dan pengarang. mengilhami memberi ilham kpd; menggerakkan hati seseorang: Keindahan malam di Tanjung Bunga telah ~ aku utk menulis beberapa buah sajak. mengilhamkan memberikan (membisikkan) sesuatu sbg ilham: Gubahan ini adalah atas daya usahanya sendiri, tiada sesiapa pun yg ~nya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ilham (adjektif,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan gerak hati, daya cipta, kekreatifan, imaginasi, pendorong, perangsang, pencetus, inspirasi, motivasi;,
Kata Terbitan : mengilhamkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
divine afflatusilham kudusKesusasteraanTiadaIlham yang didapati oleh pengarang dari desakan batin yang yang mendorongi ia menulis. Contoh: dapat dikesan pada mukadimah Tuhfat al-nafis.
divine afflatusilham kudusKesusasteraanPuisiDesakan yang bersifat batiniah yang berfungsi sebagai pendorong kepada seseorang penyair untuk mencipta sesebuah puisi. Contohnya, isu tanah di Teluk Gong telah rnenjadi sumber ilham kepada beberapa orang penyair pada tahun 1960-an untuk menghasilkan puisi yang berkaitan dengan Teluk Gong dan masyarakatnya.
moodsuasana hatiKesusasteraanPuisiPerkara yang berhubung dengan penyair dan proses penciptaan. Sekiranya suasana hatinya baik dan ilham datang, proses penciptaan sesebuah puisi itu berjalan lancar. Sebaliknya jika suasana hatinya kurang baik dan ilham tiada, proses penciptaan itu tersekat.
divine afflatusilham kudusKesusasteraanTiadaTiada
creationciptaanKomunikasiTiadaHasil daripada ilham dan imaginasi seseorang melalui desakan minda dan perasaannya. Bentuk ciptaan ini boleh terdiri daripada unsur-unsur kesenian bahan tulisan, bahan tontonan dan sebagainya.
inspirationinspirasiKesusasteraanTiadaDaya kekuatan atau ilham dari dalam diri pengarang yang mempengaruhi jiwa, fikiran serta perasaan untuk mencipta.
kawikawiKesusasteraanTiadaOrang yang dianugerahkan ilham, mempunyai pengetahuan, atau yang dapat meramalkan masa hadapan. Para kawi biasanya dalam kalangan guru atau rishi. Seterusnya, kawi yang lebih khusus merujuk kepada penyair, dan para kawi ini dikenali di Jawa. Kawi berasal dariapda perkataan Sanskrit kavi bermaksud �pemuisi�. Lihat juga kakawin.
deismdeismeKesusasteraanTiadaFahaman yang berpegang kepada kewujudan Tuhan tetapi tidak menerima wahyu atau ilham atau rukun-rukun agama, muncul pada abad ke-17 dan ke-18.
deismdeismeSejarahTiadaFahaman yang berpegang kepada kewujudan Tuhan tetapi tidak menerima wahyu atau ilham atau rukun-rukun agama, muncul pada abad ke-17 dan ke-18.
epic questionsoalan epikKesusasteraanTiadaTeknik yang digunakan oleh penyair epik untuk memohon bantuan daripada dewi ilham atau kuasa yang lebih tinggi bagi membantu menjelaskan sesuatu yang sedang terjadi dalam cerita. Contohnya, penulis Milton banyak menggunakan teknik ini pada permulaan bukunya berjudul Paradise Lost, jilid I, VII dan IV.
12

Kembali ke atas