Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[Öil.mia.wan]/[il.mia.wan] | علمياون

Definisi : bp ilmuwan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
ilmiawan
Rujuk :ilmuwan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Mohon pandangan dan maklumbalas berkenaan istilah Ilmiahawan, adakah istilah ini boleh digunakan dalam laporan rasmi jabatan. Umumnya, ilmiahwan merujuk kepada seseorang individu wanita yang tergolong dalam membuat penyelidikan secara ilmiah samada secara formal (peringkat Sarjana/PhD) mahupun tidak formal yang melibatkan proses ilmiah dan saintifik Terima kasih.

Untuk makluman tuan, perkataan “ilmiahwan” tiada dalam data kami. Perkataan yang hampir sama ialah “ilmiawan” dalam bahasa percakapan yang bermaksud ilmuwan. Dalam konteks penulisan rasmi, penggunaan perkataan yang dikelaskan sebagai bahasa percakapan tidak digalakkan.

Walau bagaimanapun, kami mencadangkan perkataan lain yang boleh digunakan ialah “ilmuwan”. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, ilmuwan bermaksud golongan (para) akademik, orang yang berilmu.
Istilah06.12.2021
SAJAK HARI GURU Adakah sajak ini mengikut peraturan seterusnya dipandukan jasa seorang guru kepada murid-murid? Saya bersesuaian dengan balasan munsyi jikalau yang diterima memberi jawapan yang memuaskan. TERIMA KASIH CIKGU (diabadikan kpd semua warga guru) Jasamu setinggi gunung, Baktimu terus disanjung, Khidmatmu semua junjung, Ilmumu agung tak berpenghujung. Sumbanganmu banjaran, Nafasmu ajaran, Lafazmu mantera jaran, Ilmumu tiada ganjaran. Pengorbanan insan guru, Di sinilah ilmu diburu, Guru lama ilmu baru, Tanpamu negara celaru. Tanpamu di manaku? Tiadamu bangsa beku, Tanpamu negara kaku, Kau pereka tingkah laku. Kau melahirkan ilmuwan gagah, Kau menjana ilmiawan penggah, Kau mencanai cendekiawan pegah, Keranamu bangsa megah. Hadirmu bangsa merlip, Bimbingan guru murid kerlip, Tanpamu segalanya selip, Sentuhanmu cukup ghalib. Guruku menabur jasa, Pembentuk anak bangsa, Ilmumu bangsa sasa, Keranamu nusa perkasa. Ilmumu cukup cermat, Segalanya sempurna nikmat, Guru pusaka warisan hikmat, Selamat bertugas selamat berkhidmat.Pihak kami mencadangkan pihak tuan untuk menghantar sajak ini ke majalah Dewan Pelajar, Dewan Siswa, Tunas Cipta dan yang seumpamanya.  Sajak tuan akan dinilai seterusnya jika memenuhi kriteria yang ditentukan akan diterbitkan dalam salah satu majalah tersebut.Sastera09.07.2018

Kembali ke atas